Hiburan

[VIDEO] “Siapa Kata Aku Nak Buat Kenduri Kahwin?”- Menangis Juri Kerana ‘Puteh’

[VIDEO] “Siapa Kata Aku Nak Buat Kenduri Kahwin?”- Menangis Juri Kerana ‘Puteh’

Sharing is caring!

Semalam telah berlangsungnya pentas akhir bagi program Maharaja Lawak Mega 2019 bertempat di Auditorium Royal Theater Shah Alam. Malam penuh gilang-gemilang tersebut telah menyaksikan kumpulan ‘Puteh’ berjaya menewaskan kumpulan-kumpulan lain yang pernah menjuarai pertandingan berkenaan sebelum ini. Walaupun digelar sebagai kumpulan ‘underdog‘, namun mereka telah membuktikan kehebatan melalui kedua-dua sketsa yang dibawakan.

BACA: [VIDEO] Cubaan Ustaz Syamsul Debat Masuk MLM Menjadi, Buka Mulut Je Dah Lawak

Lisa Surihani menitiskan air mata di akhir persembahan

Antara yang paling mendapat perhatian adalah persembahan kedua daripada kumpulan ini yang terdiri daripada Ali, Mamak dan juga Man. Bertemakan ‘bebas dan ‘muzikal’, mereka berjaya membuatkan penonton tak kering gusi dengan lawak mereka sebelum bertukar sayu di akhir sketsa.  Lisa Surihani sebagai juri tetap dilihat menitiskan air mata apabila menyedari persembahan tersebut didedikasikan buat Allahyarhamah Ainul Mardhiah, anak perempuan kepada Ali Puteh. 


[VIDEO] “Siapa Kata Aku Nak Buat Kenduri Kahwin?”- Menangis Juri Kerana ‘Puteh’ [VIDEO] “Siapa Kata Aku Nak Buat Kenduri Kahwin?”- Menangis Juri Kerana ‘Puteh’

Berjaya bawa pulang RM500,000

Pelawak tersebut telah kehilangan puterinya pada 26 November tahun lalu. Walaupun pahit, namun dia tetap meneruskan perjuangannya sehingga akhir. Berkat ketabahan dan kesungguhan mereka bertiga sepanjang program berkenaan, kumpulan ‘Puteh’ telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 beserta trofi. Naib juara pula disandang oleh kumpulan Zero manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh kumpulan Bocey. 

 

Tahniah Puteh, anda memang layak jadi juara

Rata-rata netizen dilihat bersetuju dengan kemenangan tersebut dan menyifatkan mereka sememangnya layak untuk menggondol gelaran juara. Malah ramai juga turut memuji usaha ketiga-tiganya untuk melakukan yang terbaik setiap minggu sehingga mampu mendahului bekas-bekas juara sebelum ini. 


[VIDEO] “Siapa Kata Aku Nak Buat Kenduri Kahwin?”- Menangis Juri Kerana ‘Puteh’ [VIDEO] “Siapa Kata Aku Nak Buat Kenduri Kahwin?”- Menangis Juri Kerana ‘Puteh’ [VIDEO] “Siapa Kata Aku Nak Buat Kenduri Kahwin?”- Menangis Juri Kerana ‘Puteh’

 

Sumber: Instagram Zon Lawak, Astro Gempak 


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] “Siapa Kata Aku Nak Buat Kenduri Kahwin?”- Menangis Juri Kerana ‘Puteh’

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram