Berita Semasa Viral

[VIDEO] “Pulanglah Am”-Remaja Hilang Sewaktu Mandi Laut Sempat Muat Naik Status

Belum lagi reda dengan kisah beberapa pelajar Universiti Teknologi Mara (UITM) Cawangan Kuala Terengganu yang disahkan ‘pergi’ selepas ditarik ombak di Pantai Pandak, negara dikejutkan lagi dengan berita hampir sama. Semalam, kecoh apabila 4 orang penuntut di Politeknik Sult4n Mizan Zainal Abidin, Dungun hilang setelah mandi laut di kawasan Pantai Teluk Bidara. 

BACA: Beria Nak Bawa Anak Keluar Berjalan, Rupanya Petanda Akan Pergi Selamanya

Detik gembira bertukar tragedi sekelip mata

Menurut portal Astro Awani, kejadian tersebut dipercayai berlaku kira-kira jam 6.30 petang. Kegembiraan keenam-enam sahabat itu untuk mandi di kawasan berkenaan bertukar tragedi apabila 4 daripada mereka masih lagi hilang di lautan tersebut. Antara pelajar yang terlibat adalah Muhamad Luqman Hakim Al-Rasyid Mohamed Sabaruddin, Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan, Muhammad Zul Fahmi Zuki serta Mohamad Amir Izzudin Zulkiflee. 

Advertisement

Sempat update status sebelum kejadian

Menerusi satu perkongsian daripada kakak angkat salah seorang individu terlibat iaitu Muhammad Amir Izzudin, adik lelakinya itu sempat memuat naik satu status di WhatsApp sebelum kejadian. Video yang memaparkan kedatangannya di pantai berkenaan turut disertakan dengan kapsyen berbunyi ‘waktu untuk berehat’. Kejadian berkenaan memberi tamparan yang cukup besar bagi gadis tersebut memandangkan dirinya agak rapat dengan pemuda itu. 

Advertisement

Mudah-mudahan semua dapat segera dijumpai

Sehingga sekarang, masih belum ada berita penemuan keempat-empat pelajar yang terlibat. Rata-rata netizen dilihat memberi semangat kepada gadis berkenaan supaya kuat menghadapi dugaan. Ada juga yang mengambil peluang untuk menitipkan doa buat mereka supaya ditemui dengan cepat. 

Advertisement

Sumber: Twitter HannisNajiehah & Portal Astro Awani 

Advertisement

Add Comment

Click here to post a comment

Youtube

Facebook

Telegram