Baik yang sedang bercinta ataupun sudah berkahwin, cabaran mengharungi hubungan jarak yang jauh bukanlah suatu perkara yang mudah untuk ditempuh. Lebih-lebih lagi selepas pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, ramai yang terpisah gara-gara pelbagai faktor seperti komitmen kerja. Walaupun sukar untuk diterima, itulah hakikat yang perlu dilalui oleh sepasang pengantin baru ini.
BACA : [VIDEO] 8 Tahun Perkenalan, Pengantin Lelaki Sebak Halalkan Kawan Baik Sendiri
Bila Covid-19 nak habis? Suami datang Pahang sehari je untuk nikah…lepas photoshoot terus balik
Baru-baru ini, pengguna akaun TikTok @tuansaysue berkongsi detik-detik terakhir sebelum berpisah dengan suaminya yang terpaksa berangkat ke Klang demi urusan kerja. Lelaki tersebut dikatakan datang ke Pahang semata-mata untuk bernikah dengannya, dan pulang pada hari berikutnya selepas sesi wedding photoshoot. Usai bersalaman, lelaki yang memakai baju serba hitam itu sempat memberikan kucupan pada dahi isterinya dan dibalas pula dengan lambaian terakhir sebelum dia pulang.
https://www.tiktok.com/@tuansaysue/video/6901258345047510274?_d=secCgsIARCbDRgBIAMoARI%2BCjxZinIAHSTimH8LKcV7wa%2BZfgFRUR2XSfybnzVQHaV3LXpFUGF%2BnAgJHd8g7cfWXdJ4sPHEaMGDM5oJQr8aAA%3D%3D&language=en&mid=6861008599452371714&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAAvdJszkBcplXkmL1IBWB4LwBVXNKpELRuMI7Ro8awJcAx9uRh2ZKCM-T0GCpjQY63&share_app_name=tiktok&share_item_id=6901258345047510274&share_link_id=4a6ff70c-064f-4082-b214-3f63a1acd060×tamp=1606981764&u_code=dacm83bb024i0f&user_id=6783978733072286721&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=more&source=h5_t
Sedihnya dah kahwin tapi terpaksa duduk berjauhan pula…semoga kamu berdua kekal hingga ke Jannah
Meraih hampir sejuta tontonan di aplikasi Tiktok, rata-rata netizen membanjiri dengan ucapan tahniah kepada mempelai. Mereka turut berkongsi pengalaman bercinta jarak jauh dengan partner masing-masing. Ada juga yang memberi kata-kata semangat kepada pengantin wanita supaya tabah dan sempat berjumpa semula sesudah tamatnya PKPB.
Sumber : Tiktok @tuansaysue