Utama Viral Sempena Birthday Ke-38, PU Azman Bagi Ucapan 'Win' Pada Kembarnya Lee Dong...

Sempena Birthday Ke-38, PU Azman Bagi Ucapan ‘Win’ Pada Kembarnya Lee Dong Wook

Mempunyai personaliti lawak serta penyampaian dakwah bersahaja, demikianlah kata-kata yang sesuai menggambarkan PU Azman ini. Bergelar ‘ustaz selebriti’ yang kerap menghiasi pelbagai rancangan di televisyen, gelagatnya seringkali menjadi perhatian para peminat khususnya di media sosial. Terdahulu, beliau pernah viral apabila netizen menyedari pendakwah berkenaan banyak menitipkan komen di Instagram seorang aktor Korea bernama Lee Dong Wook.

BACA : Miliki Wajah Persis Lee Dong Wook, PU Azman Kantoi Tinggal Komen Merata Di IG

Makin lama dipandang, makin nampak seiras…

Nama aktor kacak berkenaan pastinya tidak asing lagi di kalangan kita semua yang menggemari drama Korea. Jika diteliti, riak wajah mereka boleh dikatakan agak seiras. Tambahan pula, mereka berdua mempunyai kulit yang cerah sekali gus menambah persamaan sehingga digelar sebagai ‘kembar’ oleh para netizen.

Advertisement




Happy Birthday to you…

Pada tanggal 6 November iaitu semalam juga merupakan hari kelahiran pelakon yang pernah membintangi drama ‘Goblin’ ini. Jika melihat ke Instagram Dong Wook sendiri, dia ada memuat naik tentang hari bermakna tersebut dan peminat membanjiri ruang komen dengan ucapan hari jadi.

View this post on Instagram

– Happy Birthday to You – #이동욱 #LeeDongWook #李栋旭 #욱스타그램

A post shared by 이동욱 (Official_Instagram) (@leedongwook_official) on

Advertisement




Dah tua kau Wook…

Namun dalam ribuan ucapan yang diterima, sekali lagi komen milik PU Azman dapat ditemui dalam ruang berkenaan sehingga mendapat ratusan tanda ‘suka’ oleh netizen Malaysia. Paling mencuit hati adalah kata-kata dalam Bahasa Korea yang gigih dikarangnya demi memberikan ucapan terbaik kepada kembarnya itu. Bukan itu sahaja, barisan ayat terakhir iaitu “Moga Allah Bimbing Kau, Wook” nampaknya menambahkan lagi kelucuan terhadap ucapan berkenaan.

Selamat Hari Jadi. Semoga panjang umur dan sihat selalu.

Baik punya wish…Ayat last tu heartwarming sangat

Bukan sahaja menitipkan ucapan di ruang komen Instagram Lee Dong Wook, malahan ustaz selebriti tersebut membuat sebuah posting khas ke Instagramnya pula. Sehingga kini, posting lucu tersebut sudah meraih lebih 75,000 jumlah tanda ‘suka’ dan nampaknya berjaya menghiburkan ramai. 

Advertisement




Sumber : Intagram Lee Dong Wook Official dan PU Azman

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Advertisement