Hiburan Viral

[VIDEO] Ramai Geram Fir Tengking Sofea, Rupanya Itu Babak Dedikasi Buat Penagih

[VIDEO] Ramai Geram Fir Tengking Sofea, Rupanya Itu Babak Dedikasi Buat Penagih
Rasaflix

Sharing is caring!

Sudah menginjak ke episod 17 yang ditayangkan semalam, drama ‘Adellea Sofea’ nampaknya semakin merobek jiwa penonton menerusi konflik memuncak. Dalam bermacam-macam babak yang cuba diketengahkan, Shahrulezad Mohameddin selaku pengarah ada menjelaskan sendiri makna tersirat di sebalik drama arahannya itu. Bukan itu sahaja, bahkan pelakon utamanya iaitu Ungku Ismail Aziz (Firdaus) juga sangat aktif berkongsikan perkara sama menerusi Instagramnya selama drama itu bersiaran.

BACA : Sebijak Mana Pun Seorang Isteri, Bodoh Akan Datang Bila Kepercayaan Dikhianat

Kalau tak nak berubah takpe, saya takkan paksa

Beralih kepada episod semalam, kesabaran penonton semakin teruji apabila Sofea masih berusaha keras untuk menarik suaminya keluar daripada kancah ketagihan. Namun dia sendiri tertekan dengan sikap dingin Fir yang nampaknya berdegil dan enggan mengubah diri sendiri. Meskipun pernah menafikan kegiatan anaknya yang kuat menagih barang terlarang selama ini, akhirnya Puan Fauziah sendiri datang menemui menantunya untuk sama-sama berusaha membawa lelaki berkenaan ke pusat pemulihan.

Fir tergamak tengking isteri sendiri

Dalam pada itu, adegan ketika Sofea berhadapan dengan Firdaus nampaknya menjadi fokus utama penonton pada hari semalam. Fed up dengan pujukan yang keluar daripada mulut isterinya tentang usaha untuk berhenti menjadi penagih, Fir gagal menahan kesabaran sebelum menengking wanita berkenaan. Dia yang dahulunya bersikap kelakar dan amat menyayangi wanita tersebut kini berubah akibat dibelenggu dengan situasi menekan.


Perjuangan keluar daripada masalah ketagih sangat perit

Namun jelas Ungku Ismail di entrinya juga, babak tersebut nampaknya menjadi dedikasi khas buat para penagih di luar sana. Meskipun ramai geram dengan sikap buruk dalam diri Firdaus, namun itulah realiti sebenar yang cuba digambarkan mengenai tentang strruggle seorang drug addict untuk melangkah pergi daripada ketagihan berkenaan. 

Sumber : Instagram Shahrulezad Mohameddin, Ungku Ismail

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

[VIDEO] Ramai Geram Fir Tengking Sofea, Rupanya Itu Babak Dedikasi Buat Penagih

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram