Utama Viral Rakam Bunyi Aneh Dari Tingkat 4, Anak Dedah Ibu Hamil 7...

[VIDEO] Rakam Bunyi Aneh Dari Tingkat 4, Anak Dedah Ibu Hamil 7 Bulan Diganggu

Kebelakangan ini, banyak cerita seram yang kita baca daripada media sosial. Kadang-kadang, kita sendiri tidak tahu akan kebenarannya sama ada ianya sekadar rekaan atau kejadian yang sebenar. Biarpun begitu, kita perlu sentiasa mendekatkan diri dengan Pencipta dan memohon agar diberikan perlindungan. Baru-baru ini, seorang pemilik Twitter yang menggunakan nama akaun @MuhdAfwan23 telah berkongsi sebuah video yang memaparkan rumahnya diganggu oleh bunyi yang misteri. Lebih menakutkan lagi kerana perkara itu terjadi sewaktu ibunya sedang hamil. 

BACA: Diganggu Bau Busuk, Ingatkan Bau Kawan Rupanya Sah Ada Benda Tumpang Katil

Kejadian ini berlaku kepada ibu saya semasa dia hamil tujuh bulan. Ada sesuatu yang menganggu dia pada lewat malam. Ketika itu dia seorang diri di rumah dan terdengar bunyi ketukan ini di tingkap dapur. Nasib baik, tidak berlaku apa-apa selepas dia mendengar ketukan itu.

Dalam perkongsiannya, dia memberitahu bahawa ibunya pernah menghadapi situasi yang menakutkan pada lewat malam dimana pintu rumahnya diketuk secara tiba-tiba, walhal tiada sesiapa yang mengetuknya. Dia juga memaklumkan bahawa ibunya yang bersendirian di rumah ketika itu sedang hamil anak tujuh bulan. 




Untuk pengetahuan, kami tinggal di tingkat empat. Mustahil ada orang yang boleh memanjat semata-mata untuk mengetuk tingkap rumah kami.

Dalam pada itu, dia juga memaklumkan bahawa dia bersama ibu tinggal di rumah tingkat keempat. Perkara itu menjadikan keadaan lebih aneh untuk seseorang menggapai kawasan tingkap itu dari luar rumah. 




Tunjuk persekitaran rumah, “tak ada orang boleh panjat dan ketuk”

Video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengikut di laman sosial tersebut. Dalam masa yang sama, ada netizen turut menggalakkan ibu berkenaan untuk mengamalkan ayat-ayat suci. Keseluruhannya, video tersebut telah mendapat lebih 11 ribu retweets dan 9 ribu likes setakat ini. 

Aku tengok tweet ni jam 2 pagi

Asal permulaan video kat pintu macam nampak mata?

Baca doa

Sumber: Twitter MuhdAfwan23

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI