Utama Berita Semasa Periksa Jeriji Keselamatan Pada Tingkap, Abang Bomba Demo Cara Berkesan

[VIDEO] Periksa Jeriji Keselamatan Pada Tingkap, Abang Bomba Demo Cara Berkesan

Dalam dunia sekarang, ancaman boleh datang daripada pelbagai cara. Disebabkan itu, ramai orang mula memasang jeriji keselamatan pada tingkap rumah dan premis masing-masing untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Namun begitu, jeriji tersebut sebenarnya boleh mendatangkan risiko semasa waktu kecemasan. Hal ini kerana sesetengah jeriji yang dipasang mengambil masa yang lama untuk dibuka. Lantaran itu, sebuah video pendedahan oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat ini boleh dijadikan panduan. 

BACA: Tengah Malam Dengar Air Paip Terbuka, Rupanya Penyamun Dah Standby Luar Rumah

Menerusi laman Instagram yang bernama @friendsofbombamalaysia, wakil pasukan bomba ini telah berkongsi satu jenis jeriji keselamatan yang sesuai dipasang bagi memudahkan proses menyelamat semasa kecemasan.




Majoriti kejadian yang tidak diingini berlaku disebabkan oleh jeriji kekal dan tidak boleh dibuka. Malah, memotong jeriji tersebut bukanlah satu kerja yang mudah dan memberi kesan kepada aktiviti menyelamat – Pihak Bomba

Cepat dan mudah untuk dibuka

Video yang berdurasi 29 saat itu memaparkan wakil bomba sedang menunjukkan cara yang lebih mudah untuk membuka dan melonggarkan picu kunci pada jeriji keselamatan. Hal ini boleh memudahkan lagi aktiviti menyelamat sekiranya terdapat kecurian ataupun kebakaran. 

Perkongsian daripada wakil bomba ini ternyata memberi manfaat buat orang ramai khususnya yang belum mengetahui akan kewujudan jeriji seperti itu. Keseluruhannya, video tersebut telah mendapat lebih 18 ribu tontonan dan lebih 3 ribu sukaan setakat ini. 

Memang berguna idea tu

Patut daripada awal bagitahu perkara penting macam ni

Sumber: Instagram friendsofbombamalaysia




Artikel Popular