[VIDEO] Peserta Mentor Pucat Lepas ‘Kantoi’ Buat Gimik Mesra Depan Mata Isteri

Selaku pertandingan dangdut terbesar di Asia, Dangdut Academy Asia atau D’Academy Asia sememangnya merupakan program realiti yang paling dinanti-nantikan oleh seluruh masyarakat di Indonesia. Malaysia juga tak pernah ketinggalan untuk menghantar beberapa wakil peserta pada setiap tahun kerana platform sebegini disifatkan bagus untuk kelangsungan genre muzik tersebut. Selain itu, rancangan ini juga mendapat sentuhan hos serta penilaian juri dari Malaysia iaitu Uyaina Arshad dan Mas Idayu.

BACA: “Sebijak Mana Pun Seorang Isteri, Bodoh Akan Datang Bila Kepercayaan Dikhianat”

Peserta curi tumpuan…gimik duet penuh penghayatan

Advertisement

Bagaimanapun, salah seorang peserta iaitu Azmirul Azman telah mencuri tumpuan ramai apabila berduet dengan artis terkenal republik tersebut iaitu Zaskia Gotik dalam salah satu segmen yang bersiaran pada hujung tahun lepas. Sambil menghayati setiap bait lirik lagu ‘Jangan Tinggalkan Aku’, peserta lelaki ini turut dilihat memegang tangan rakan duet kemudian meletakkannya di dada.

Advertisement

Terus pucat bila isteri datang naik pentas

Meskipun begitu, pemenang tempat ketiga Mentor 7 ini nyata terkejut apabila isterinya, Farah muncul dari belakang pentas ketika dia sedang rapat menyanyi bersama Zaskia. Suasana atas pentas juga bertambah gamat apabila isterinya sempat memberikan amaran sinis kepada lelaki berusia 26 tahun berkenaan (minit 3:09).

Advertisement

“Lelaki kalau belakang isteri kan memang macam ni”

Untuk pertandingan…saya menceriakan semua (minit 2:20)

Advertisement

Dalam pada itu, Azmirul sempat menjelaskan bahawa tindakannya itu hanyalah untuk menceriakan penonton semata-mata. Menerusi status terbaru di Instagram miliknya pula, dia turut menghargai setiap komen dan kritikan membangun yang diberikan oleh netizen Malaysia sekali gus menjawab isu klip video terbabit yang kembali tular di laman sosial. Secara keseluruhannya, Azmirul telah menamatkan saingan dalam kelompok 6 peserta teratas D’Academy Asia musim ke-5 ini.

Advertisement

Sumber: YouTube Indosiar & IG azmirulazman_daa5

Advertisement