Pening Layan Mak Bapak Zaman Kini, Anak Hilang Pensel Warna Minta Cikgu Cari

Di zaman millenia ini, bukan sahaja anak-anak yang terkesan dengan penggunaan gadjet berlebihan. Namun, para ibu bapa juga tidak terkecuali apabila ada yang menyalah gunakan kemudahan tersebut. Kalau dahulu, belum wujud lagi kumpulan WhatsApp untuk ibu bapa dan juga guru. Walau bagaimanapun, kini ia adalah satu perkara wajib sekiranya anak-anak mula memasuki persekolahan. 

BACA: [VIDEO] Dedah Realiti Ibu Bapa, Telefilem Ini Buat Ramai Gagal Tahan Air Mata

Kalau hilang, patut salahkan anak tak jaga barang 

Advertisement

Akan tetapi, apa yang membimbangkan adalah sikap para ibu bapa dalam menggunakan kemudahan aplikasi berkenaan dengan betul. Menerusi satu perkongsian daripada saudari Auni Farhana di laman Facebook, wanita ini meluahkan kekecewaannya dengan perangai mereka. Dirinya kesal apabila ada di antara ibu bapa bertindak menyuruh guru bertugas mencari peralatan anak mereka yang hilang di sekolah. Walhal itu bukanlah tugas sebenar seorang guru. Ia lebih kepada kecuaian peribadi. 

Advertisement

Gambar Sekadar Hiasan

Jangan jadikan group sekolah anak macam group motivasi

Bukan itu sahaja, dia turut menasihati ibu bapa untuk tidak terlalu memanjangkan cerita apabila ada anak-anak yang diusik rakan. Cukuplah dengan saling bermaafan dan sekiranya perkara tersebut serius, terus berjumpa dengan guru di sekolah. Selain itu, ada juga di kalangan mereka yang suka menghantar kiriman mesej tidak perlu menerusi WhatsApp group tersebut. Walaupun mungkin ia terlihat remeh, namun ada yang akan terlepas pandang kiriman teks lebih penting.

Advertisement

Advertisement

Gambar Sekadar Hiasan

Cikgu bukan dapat OT layan korang di luar waktu

Akhirnya, wanita ini turut menegaskan kepada ibu bapa lain untuk menghormati waktu dan juga privasi guru. Adalah lebih baik untuk tidak menganggu mereka di luar waktu bekerja jika tiada berlaku kecemasan kerana mereka juga masih punya keluarga.

Advertisement

Gambar Sekadar Hiasan

Sumber: Facebook Auni Farhana 

 

Advertisement
Advertisement