Viral

[VIDEO] Perempuan Kalau Betul Marah, Tong Gas Yang Ada Isi Pun Boleh ‘Terbang’

[VIDEO] Perempuan Kalau Betul Marah, Tong Gas Yang Ada Isi Pun Boleh ‘Terbang’
Rasaflix

Sharing is caring!

Wanita secara lumrahnya memang bersikap lemah lembut dan ayu. Namun semua perkara itu tak bermakna mereka sewenang-wenangnya boleh ditindas atau dilayan secara tak baik. Berbeza dengan pendekatan orang lain yang sama jantina dengannya, wanita yang berasal dari Sabah ini ada cara tersendiri untuk ‘sekolahkan’ mereka yang selalu permainkan hati wanita.

BACA: [VIDEO]Hati Berkecai Isteri Anak Ajal Nahas Pesawat, Sempat Kirim Foto Bayi

Zaman sekarang ramai perempuan kuat…lelaki jangan cari pasal nanti ‘meletup’ dia

Baru-baru ini tular video TikTok Aunty Kilin yang memberi amaran keras terhadap lelaki terutamanya yang selalu ‘suka cari masalah’. Dalam video berdurasi 32 saat itu, dia malah mengejutkan ramai pihak apabila mengangkat sebuah tong gas tanpa mengeluh sedikit pun. Sebaliknya, dia berjaya memikul objek tersebut dengan kedua-dua belah tangan walaupun sambil membebel terhadap kamera di hadapannya. Dengan nada tegas, Aunty Kilin mendakwa bahawa golongan wanita juga hebat setanding orang lelaki.


@antykilin77

#stitch with @qeenn73 kau lelaki jan bikin kami marah…tungis pn ble angkat ne.. 🤣

♬ original sound – Anty Kilin – Anty Kilin

The power of woman...kalau betul-betul marah, tong gas yang ada isi pun boleh ‘terbang’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum apabila melihat Aunty Kilin berjaya mengangkat tong gas yang seakan-akan masih penuh itu. Mereka malah berseloroh bahawa aksi dalam video tersebut mungkin boleh berlaku dalam dunia realiti jika lelaki selalu ‘buat hal’. Secara keseluruhan, video itu telah mendapat tontonan sebanyak 590 ribu.

[VIDEO] Perempuan Kalau Betul Marah, Tong Gas Yang Ada Isi Pun Boleh ‘Terbang’

[VIDEO] Perempuan Kalau Betul Marah, Tong Gas Yang Ada Isi Pun Boleh ‘Terbang’


[VIDEO] Perempuan Kalau Betul Marah, Tong Gas Yang Ada Isi Pun Boleh ‘Terbang’

[VIDEO] Perempuan Kalau Betul Marah, Tong Gas Yang Ada Isi Pun Boleh ‘Terbang’

Sumber: antykilin77

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

[VIDEO] Perempuan Kalau Betul Marah, Tong Gas Yang Ada Isi Pun Boleh ‘Terbang’

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram