Utama Artis Penghayatan Cukup Dalam, 'Tangisan' Wann Buat Netizen Luluh

[VIDEO] Penghayatan Cukup Dalam, ‘Tangisan’ Wann Buat Netizen Luluh

Konsert minggu kelima Gegar Vaganza musim keenam (GV 2019) yang berlangsung semalam menyaksikan kehebatan penyanyi-penyanyi ini membawa lagu yang menggunakan penghayatan yang tinggi. Dengan membawa tema ‘Curahan Hati’, 10 peserta dilihat bertungkus lumus menginterpretasikan bait-bait lirik lagu yang mereka nyanyikan. Antara peserta yang paling memukau pada malam itu adalah Wann yang berjaya membuat penonton luluh hati mendengarnya.

BACA: [VIDEO] Merudum Pada Minggu 4, Rupanya Naqiu Ternampak Bayangan Achik Spin

Wann berjaya kawal emosi

Wann atau nama penuhnya Wann Rashidah binti Meor Abdul Rashid adalah antara peserta yang ditunggu-tunggu setiap minggu. Percaturannya pada minggu kelima bagaimanapun membuahkan hasil setelah membawa lagu ‘Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu’ nyanyian asal Uji Rashid. Diiringi petikan gitar akustik, persembahan artis wanita yang terkenal dengan suara serak basah itu nyata berjaya membuat penonton yang melihat luluh. 

“Dari segi ekspresi dan penjiwaan kamu dapat”

Juri-juri juga dilihat bersetuju dengan  persembahannya yang boleh dikatakan baik serta memuaskan. Walaupun Bonda Hetty menegur style penghayatannya namun dia sempat memuji nyanyian Wann yang penuh dinamik. Juri jemputan, Datuk Ucop turut menyukai cara penyanyi tersebut menyampaikan lagu itu dengan gayanya sendiri tanpa meniru nyanyian asal. 




Paling ditunggu, meremang suara kak Wann

Rata-rata netizen mengakui kehebatan penyanyi wanita tersebut membawa lagu itu dengan penuh perasaan. Bagi sesetengah netizen pula, lagu itu sebelumnya dianggap sukar untuk dinyanyikan namun dia telah membuktikan anggapan itu salah sama sekali. 

 

Sumber: Youtube Astro Awani & Astro Gempak

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI