Artis Hiburan

[VIDEO] Otai Masih Berbisa, Senario Reunion Tetap Lawak & Meriah Tanpa Penonton

[VIDEO] Otai Masih Berbisa, Senario Reunion Tetap Lawak & Meriah Tanpa Penonton

Sharing is caring!

Sebut sahaja nama ‘Senario’, pasti ramai yang tak kering gusi terhadap aksi dan ragam gelagat kumpulan pelawak ini sama ada di kaca TV serta industri perfileman suatu masa dahulu. Meskipun kumpulan tersebut bersilih ganti keahliannya sejak ditubuhkan pada 1996, namun kemunculan semula ‘otai legend‘ seperti Wahid, Ilya, Saiful Apek, Hamdan Ramli dan Yassin Yahya dalam rancangan Konsert Minggu Ini (KMI) di TV2 nyata telah mengubat rindu ramai peminat.

BACA: [VIDEO] Tak Keruan Diva AA ‘Terjah’ Program Sepahtu, Muka Jep Pucat Habis

[VIDEO] Otai Masih Berbisa, Senario Reunion Tetap Lawak & Meriah Tanpa Penonton

Siap duet dengan Siti Nordiana…gamit nostalgia

Walaupun beraksi secara langsung tanpa kehadiran sebarang tetamu pada malam tadi gara-gara mengurangkan gejala wabak COVID-19, namun Senario tetap memeriahkan Auditorium Perdana, Angkasapuri dengan lagu-lagu hit mereka. Tak cukup dengan itu, kelibat penyanyi terkenal Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana yang turut menjayakan lagu ‘Zapin Usik Mengusik’ nyata telah menggamit zaman kegemilangan kumpulan berkenaan.

[VIDEO] Otai Masih Berbisa, Senario Reunion Tetap Lawak & Meriah Tanpa Penonton


Masih bertenaga & konsert padu…trending nombor 1

Selaku kumpulan pelawak pertama yang berjaya menjadi finalis Anugerah Juara Lagu 21 (AJL), karya lagu Senario yang majoritinya mempunyai nasihat berguna nyata masih relevan pada masa kini. Bukan itu sahaja, malah tenaga dan lontaran suara mereka yang masih sama seperti dahulu bahkan telah menjadikan rancangan itu trending nombor 1 di laman Twitter.

[VIDEO] Otai Masih Berbisa, Senario Reunion Tetap Lawak & Meriah Tanpa Penonton

Lain macam ‘otai’ ni…siap boleh main gelongsor

Ternyata setiap ahli kumpulan berkenaan menjadi perhatian ramai dalam KMI sehinggakan gelagat Saiful Apek bermain gelongsor di hujung rancangan itu turut menjadi perhatian. Selain terhibur menyaksikan persembahan tersebut, rata-rata netizen juga mengimbau kembali beberapa moment yang menarik dalam filem-filem terdahulu Senario.

[VIDEO] Otai Masih Berbisa, Senario Reunion Tetap Lawak & Meriah Tanpa Penonton

[VIDEO] Otai Masih Berbisa, Senario Reunion Tetap Lawak & Meriah Tanpa Penonton


[VIDEO] Otai Masih Berbisa, Senario Reunion Tetap Lawak & Meriah Tanpa Penonton

[VIDEO] Otai Masih Berbisa, Senario Reunion Tetap Lawak & Meriah Tanpa Penonton

Sumber: Twitter ANDYSAHLAM & YouTube dantiub64


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Otai Masih Berbisa, Senario Reunion Tetap Lawak & Meriah Tanpa Penonton

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram