Artis Hiburan

[VIDEO] Tak Keruan Diva AA ‘Terjah’ Program Sepahtu, Muka Jep Pucat Habis

[VIDEO] Tak Keruan Diva AA ‘Terjah’ Program Sepahtu, Muka Jep Pucat Habis

Sharing is caring!

Masih mengekalkan tema kemasyarakatan serta berdialog tanpa sebarang skrip, rancangan ‘Sepahtu Reunion Live’ bagi musim tahun ini sering kali ditunggu ramai. Selain anggota kumpulan pelawak itu sendiri, gelagat artis jemputan dan cameo dalam setiap episod malah turut membuatkan para penonton tak kering gusi.

BACA: [VIDEO] Cik B Muncul Di Sepahtu Reunion, Tiba-Tiba Jep Berubah Jadi Azwan Ali

Duda merisik anak member untuk jadikan isteri

Dengan tajuk ‘Suri Hati Encik Duda’ malam tadi, Jep yang memegang watak sebagai Yeop menyatakan hasrat untuk bernikah dengan anak kawannya sendiri iaitu Suri (Isyariana) meskipun dikritik hebat oleh ahli keluarga lain. Gara-gara tak mahu melewatkan hajat murni itu, dia nekad bertandang dan merisik sendiri gadis tersebut sebelum akhirnya bersatu di jinjang pelamin.

[VIDEO] Tak Keruan Diva AA ‘Terjah’ Program Sepahtu, Muka Jep Pucat Habis

Muka Jep terus berubah bila Diva AA ‘terjah’ masuk

Royal Teater Shah Alam tak semena-mena gamat dengan sorakan penonton apabila hos kontroversi Azwan Ali tampil sebagai jurufoto bagi sesi pernikahan itu. Reaksi Jep, Rahim dan bintang AF 2016 itu yang tidak menyangka kejutan berkenan turut mencuri tumpuan. Dalam episod sebelumnya, suami kepada Sari Yanti tersebut pernah mengajuk gaya dan percakapan Diva AA sewaktu bersama dengan anak DS Vida iaitu Cik B.

[VIDEO] Tak Keruan Diva AA ‘Terjah’ Program Sepahtu, Muka Jep Pucat Habis

Orang pertama berani hadap Diva..

Walaupun disuruh melakukan bermacam-macam gaya sewaktu sesi bergambar, Jep atau nama sebenarnya Mohd Nazri Zainal Abidin malah dipuji netizen kerana berani berseloroh dengan Azwan Ali. Selain terhibur dengan keseluruhan episod 8 minggu ini, rata-rata netizen juga akui terkesima apabila selebriti yang terkenal dengan tagline “See my level” berkenaan membuat aksi lucu di program live sebegini.

[VIDEO] Tak Keruan Diva AA ‘Terjah’ Program Sepahtu, Muka Jep Pucat Habis

[VIDEO] Tak Keruan Diva AA ‘Terjah’ Program Sepahtu, Muka Jep Pucat Habis

[VIDEO] Tak Keruan Diva AA ‘Terjah’ Program Sepahtu, Muka Jep Pucat Habis

[VIDEO] Tak Keruan Diva AA ‘Terjah’ Program Sepahtu, Muka Jep Pucat Habis

[VIDEO] Tak Keruan Diva AA ‘Terjah’ Program Sepahtu, Muka Jep Pucat Habis

Sumber: Twitter amnfdhl__, azirazs & YouTube Official Ria X

Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Tak Keruan Diva AA ‘Terjah’ Program Sepahtu, Muka Jep Pucat Habis

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram