Hiburan Viral

[VIDEO] Nyanyi Dah Serupa ‘Otai’, Persembahan Usop Mentor Digelar Vokal Terbaik

[VIDEO] Nyanyi Dah Serupa ‘Otai’, Persembahan Usop Mentor Digelar Vokal Terbaik

Sharing is caring!

Berlangsung dengan penuh meriah di Sri Pentas 2 Shah Alam pada semalam, pusingan separuh akhir Muzik-Muzik 34 (SFMM34) minggu pertama telah menyajikan persembahan mantap daripada 11 orang peserta. Dalam pada itu, persembahan daripada Drama Band telah dinobatkan sebagai lagu terbaik oleh para juri. Namun dalam pelbagai persembahan lain, nyanyian daripada Usop Mentor adalah yang paling menjadi perhatian netizen.

BACA : [VIDEO] Nyanyi Tak Ada Auto-Tune Siap Pakai Make Up-“Neeta Macam Telan Kaset”

InsyaAllah doa yang baik-baik

View this post on Instagram

Alhamdulilah syukur doa yang baik baik insyallah❤️ 🥼 @collar.kl 🥾 @drmartens_my #sfmm34 #akuyangbersalah #Rocketfuelent

A post shared by Usop 🌺 (@usopofficial) on

Kami tak rela dikau pergi

Usop atau nama sebenarnya Saiful Naim Muhd Noor telah mendendangkan lagu berjudul ‘Aku Yang Bersalah’ hasil ciptaan Hakiem Rusli pada malam berkenaan. Tampil segak dengan mengenakan suits berona kelabu gelap,  nampaknya anak didik Hazama ini berjaya menyampaikan lagu ‘tangkap leleh’ itu dengan stail serta penghayatannya sendiri. 

Persembahan penuh daripada Usop Mentor di SFMM34

Dengan mimik wajah serta bahasa tubuh yang dilenggokkan seiring dengan lirik mendalam, dia seolah-olah membawa penonton untuk turut sama ‘tenggelam’ dengan alunan suara lunaknya. Ketika penyanyi yang berasal dari Kedah ini mula menarik high note di kemuncak persembahan, dia menerima sorakan dan tepukan gemuruh daripada penonton. 

Bukan kaleng-kaleng Usop ni…Nyanyi dah macam senior

Mungkin namanya dalam industri muzik tanah air tidak begitu dikenali oleh ramai orang, namun apa yang disajikan oleh Naib Juara Mentor 2017 ini menerima pujian melambung. Menjengah ke ruang komen Youtube TV3 Official, rata-rata netizen menyifatkan vokalnya adalah yang paling terbaik di samping persembahan setanding dengan artis lama. Ramai juga berharap agar dia dapat mara ke pusingan akhir nanti.

[VIDEO] Nyanyi Dah Serupa ‘Otai’, Persembahan Usop Mentor Digelar Vokal Terbaik [VIDEO] Nyanyi Dah Serupa ‘Otai’, Persembahan Usop Mentor Digelar Vokal Terbaik [VIDEO] Nyanyi Dah Serupa ‘Otai’, Persembahan Usop Mentor Digelar Vokal Terbaik[VIDEO] Nyanyi Dah Serupa ‘Otai’, Persembahan Usop Mentor Digelar Vokal Terbaik

Sumber : Youtube TV9 Malaysia Official

Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Nyanyi Dah Serupa ‘Otai’, Persembahan Usop Mentor Digelar Vokal Terbaik

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram