Utama Artis Nyanyi Tak Ada Auto-Tune & Siap Pakai Make Up-“Neeta Macam Telan...

[VIDEO] Nyanyi Tak Ada Auto-Tune & Siap Pakai Make Up-“Neeta Macam Telan Kaset”

Sejak menyertai rancangan realiti Big Stage 2019 baru-baru ini, nama vokalis kumpulan indie iamNEETA iaitu Neeta semakin mendapat tempat di hati pendengar. Meskipun kumpulan ini tidak popular persis band lain, namun bakatnya dalam bidang nyanyian tidak perlu disangkal lagi. Buktinya dikongsikan oleh pemilik akaun Twitter bernama Fazli Nulhakim menerusi video yang memaparkan figura berbakat itu.

BACA : Ditegur Sebab Rangkul Han Byul Saat Umum Juara Big Stage 2019, Ini Respon Neeta

Neeta perlu auto-tune? Tidak..

Dalam video berdurasi 45 saat tersebut, memaparkan penyanyi berketurunan Cina, India dan Siam ini melantunkan lagu ‘Terima Kasih’ sambil seorang penumpang juga merupakan ahli kumpulan indie berkenaan, Patrick Anohada yang berada di tempat duduk belakang memetik gitar.

Suara sama je takde edit pun..

Namun, apa yang lebih mencuri perhatian ramai adalah suara penyanyi berusia 25 tahun ini tetap sama persis lagu-lagu di dalam albumnya. Ditambah pula, ia tidak disunting dengan menggunakan auto-tune bagi memanipulasikan suara asalnya.

Macam telan kaset, maintain sambil make up

Perkongsian video tersebut ternyata telah meraih perhatian ramai apabila mendapat hampir 35,000 retweets dan 34,000 tanda suka daripada para netizen. Malah mereka turut memuji suara Neeta yang masih sama walaupun menyanyi secara akustik. Tidak ketinggalan Neeta juga digelar sebagai seorang multitasking oleh netizen kerana boleh menyanyi, make up dan menyanyi dalam masa yang sama.

Sumber : Twitter palieynul

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI