Hiburan

[VIDEO] Mimi Lana ‘Prank’ Dirasuk Hantu, Tak Sangka Ini Yang Syafiq Kyle Buat

[VIDEO] Mimi Lana ‘Prank’ Dirasuk Hantu, Tak Sangka Ini Yang Syafiq Kyle Buat
Rasaflix

Sharing is caring!

Andai kata orang terdekat seakan menunjukkan tanda terkena gangguan halus, mungkin ada di antara kita yang tidak mampu berfikiran waras gara-gara terlalu panik dengan situasi seram berkenaan. Percaya mahupun tidak, mungkin juga ramai yang pernah berada dalam situasi tersebut kan? Samalah seperti pengalaman yang dilalui oleh pelakon kacak terkenal iaitu Syafiq Kyle. Namun tanpa disedari, rupanya dia telah diperdaya oleh buah hatinya sendiri, Mimi Lana.

BACA : [VIDEO] Ayo Ayo-Girang Main Hujan Tiba-Tiba Nangis, Ingat Sebab Apa Rupanya..

Bila kawan kena rasuk, apa patut korang buat?

Perkara tersebut dibuat ketika aktres berkenaan berada di dalam sebuah rancangan berjudul ‘Trek Selebriti’ yang hangat bersiaran di saluran Astro Ria. Menerusi perkongsian daripada saudara Aliff Farhan selaku pengacara rancangan ini, dia telah memuat naik paparan video itu di laman Instagramnya sehingga meraih hampir 400 ribu jumlah tontonan sejak 3 hari lalu. Untuk pengetahuan semua, rancangan ini sebenarnya mendedahkan tentang topik berkaitan kehidupan artis tempatan dan turut menyelitkan segmen ‘prank‘ kepada yang ‘bertuah’ merasainya.

Syafiq minta Mimi membaca ayat kuris bersama

Jika dilihat dalam sedutan video tersebut, Mimi Lana kononnya menghubungi Syafiq kerana mendakwa diganggu makhluk halus. Selepas mendengar suara ketakutan gadis itu, aktor berkenaan segara menenangkan keadaan dan menyifatkan ia sebagai mainan perasaan memandangkan Mimi terlalu penat. Tidak cukup dengan itu, Syafiq terus mengejutkan ramai kerana dia sempat mengajar Mimi untuk membacakan ayat kursi.

[VIDEO] Mimi Lana ‘Prank’ Dirasuk Hantu, Tak Sangka Ini Yang Syafiq Kyle Buat [VIDEO] Mimi Lana ‘Prank’ Dirasuk Hantu, Tak Sangka Ini Yang Syafiq Kyle Buat

Kalau perempuan takut, tiba-tiba jadi alim

‘Prank’ itu juga bertambah lucu apabila pengacara yang duduk bersebelahan dengan Mimi Lana sempat menadah tangan ketika Syafiq membacakan ayat kursi itu. Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen terhibur dan tidak menyangka bahawa Syafiq begitu sweet dan sangat tenang berhadapan dengan ‘rasukan’ berkenaan.

[VIDEO] Mimi Lana ‘Prank’ Dirasuk Hantu, Tak Sangka Ini Yang Syafiq Kyle Buat [VIDEO] Mimi Lana ‘Prank’ Dirasuk Hantu, Tak Sangka Ini Yang Syafiq Kyle Buat [VIDEO] Mimi Lana ‘Prank’ Dirasuk Hantu, Tak Sangka Ini Yang Syafiq Kyle Buat

Sumber : Instagram aliffarhan_jr

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

[VIDEO] Mimi Lana ‘Prank’ Dirasuk Hantu, Tak Sangka Ini Yang Syafiq Kyle Buat

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram