Utama Viral "Ayo Ayo"-Girang Main Hujan Tiba-Tiba Nangis, Ingat Sebab Apa Rupanya..

[VIDEO] “Ayo Ayo”-Girang Main Hujan Tiba-Tiba Nangis, Ingat Sebab Apa Rupanya..

Mengimbau semula zaman kecil kita suatu ketika dahulu, pastinya ramai yang begitu merindukan pelbagai kenangan manis. Tambahan pula, waktu itu kita bebas daripada segala tekanan hidup berbeza apabila kita sudah dewasa kini. Baru-baru ini juga di Twitter, seorang kanak-kanak mula menjadi viral dan seolah-olah membuatkan kita rindu untuk kembali ke zaman kecil. Videonya yang seronok bermain ketika hari hujan nampaknya berjaya menjadi perhatian netizen!

BACA : [VIDEO] Padah Tak Ikut Trend Terkini, Pemuda Tersipu Kena Prank Joget Tik Tok

Ayo ayo ayo dimarah Mama!

Dikongsikan sejak semalam oleh seorang pengguna Twitter bernama @Samael, video yang berasal dari Indonesia itu sudah meraih sejuta lebih tontonan beserta 53,000 jumlah retweet! Difahamkan, kejadian itu berlaku di sebuah kantin sekolah dan budak kecil tersebut merupakan anak kepada salah seorang pengusaha di sana.

Menangis diusik abang-abang

Saat sedang leka bermandi air hujan, dia terus menegakkan badan dan memalingkan muka apabila mendengar suara ibunya memanggil. Namun begitu, suasana menjadi bertambah lucu apabila si perakam dan rakan-rakan lainnya mula mengusik dan menakut-nakutkan kanak-kanak comel tersebut sehingga dia terus terdiam sebelum melalak kuat.

Dah tengok berkali-kali pun masih berdekah…

Selepas menyaksikan video berkenaan, rata-rata netizen begitu terhibur melihat kanak-kanak itu yang tercegat dalam cuaca hujan. Kata mereka lagi, budak tersebut bukannya menangis kerana dimarahi si ibu. Namun, dia mula mengeluarkan air mata selepas mula menerima usikan lucu daripada abang-abang di situ. Bila tengok video adik ini, kita pula semacam merasa rasa rindu untuk bermain hujan kan?




Sumber : Twitter Samael

Artikel Popular