Nasir Bilal Khan Tolak 20 Offer Lakonan Sebab Kecewa Drama Kini Tiada Hala Tuju

Memang tidak dinafikan, drama bergenre cinta yang dipaparkan di kaca televisyen semakin menjadi pilihan pengarah tempatan. Boleh dikatakan plot penceritaan setiap karya hampir kelihatan sama dan pengakhirannya seperti sudah dapat diteka oleh para penonton. Terpanggil untuk mengulas dengan lebih lanjut, pelakon berpengalaman iaitu Nasir Bilal Khan tampil bersuara dan meluahkan rasa kecewanya mengenai perkara tersebut menerusi laporan Harian Metro.

BACA : Sharifah Shahirah Syukur Result UPSR Anak – “Tak Salahkan Kalau Takde 6A”

Advertisement

Tajuk drama rasa macam nak muntah

Menurut pelakon berusia 59 tahun ini, dia sendiri telah menolak 20 tawaran berlakon kerana berasa agak kecewa dengan penghasilan drama sekarang yang disifatkan tiada hala tuju. Tambahnya lagi, puluhan tawaran itu mula ditolak sejak beberapa tahun lalu sehingga tahun ini kerana ia dikatakan tidak berkualiti.

Sejujurnya bila diberitahu tajuk drama, saya rasa macam nak termuntah. Mana tidaknya, drama sekarang hanyalah berkisar cinta cintun.

Advertisement

Karya patut didik masyarakat, pandang 100 tahun ke depan

Jelas pelakon yang popular dengan watak ‘Abuja’ dalam filem Munafik ini lagi, penghasilan sesebuah karya sepatutnya dipenuhi dengan elemen mendidik masyarakat dan membentuk sesebuah negara. Malah hasil seni juga seharusnya memandang 100 tahun jauh ke hadapan.

Advertisement

Pihak produksi perlu jadi ‘tentera’ tolak drama mengarut

Ujarnya lagi, dia mahu bersara sebagai pelakon pada suatu ketika dulu tapi dipujuk semula untuk membintangi telefilem Tanah Kubur. Dalam pada itu, Nasir sempat memberi saranan pada pihak produksi agar bertindak ‘memerangi’ sikap beberapa stesen televisyen yang dilihat terus meminta penghasilan drama ‘mengarut’. 

Advertisement
Kredit Foto : Metro

Sumber : Harian Metro

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Advertisement