Utama Viral Merajuk Sebab Takut Berpisah Dengan Tuannya, 'Luna' Jadi Tumpuan Ramai!

[VIDEO] Merajuk Sebab Takut Berpisah Dengan Tuannya, ‘Luna’ Jadi Tumpuan Ramai!

Kalau perasan, kucing adalah antara jenis haiwan peliharaan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat kita selain ikan, anjing, atau hamster. Pada awalnya tidak dinafikan agak susah untuk melatih mereka agar selesa dengan persekitaran di tempat tinggal yang baru kerana tahap insecurity agak tinggi. Tapi bila sekali dah ‘melekat’, merekalah antara sahabat setia yang selalu bermain dan menemani tuan masing-masing.

BACA: “Kenapa Comel Sangat?” – Ragam Si Cilik Buat Ujikaji Sains Ini Cuit Hati Ramai!

Tengok macam mana kucing merajuk dengan I..




Hangat tular di laman Twitter baru-baru ini, reaksi merajuk ‘Si Bulus’ yang bernama Luna ini telah menjadi perhatian ramai ketika mahu dibawa keluar daripada pet carrier. Video tersebut telah mendapat lebih 320 ribu tontonan dan 32 ribu retweets sejak dimuat naik oleh tuannya semalam, iaitu gadis yang dikenali sebagai Alia Natasha.

Dia ni memang clingy habis…




Menurut gadis tersebut, kucingnya itu berkelakuan seperti itu kerana takut untuk dihantar ke sebuah ‘hotel kucing’ kerana keluarganya mahu melancong ke suatu tempat. Dia juga tidak menafikan bahawa Luna merupakan seekor kucing yang sangat manja dan pemalu, lebih-lebih lagi apabila bersemuka dengan orang yang tidak dikenali.




Alahai comel teruk…merajuk macam perempuan

Di sebalik ketakutannya yang jelas terlihat dalam video itu, Alia memaklumkan bahawa kucing baka Mix British Short Hair tersebut kini dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Video itu turut dibanjiri oleh komen para netizen yang terhibur dan geram melihat telatah Luna.




Sumber: IG & Twitter aliamelorr




Artikel Popular