Utama Inspirasi "Kenapa Comel Sangat?" - Ragam Si Cilik Buat Ujikaji Sains Ini Cuit...

“Kenapa Comel Sangat?” – Ragam Si Cilik Buat Ujikaji Sains Ini Cuit Hati Ramai!

Bila dah selalu tertekan dengan kerjaya atau beban kerja yang sangat banyak, rasa macam best pula kalau dapat jadi budak kecil balik kan? Selain dapat bermain dengan kawan-kawan, ibu bapa dan para cikgu juga selalu ambil berat dan luahkan tanda sayang kepada kita. Itulah yang sering dilakukan oleh seorang guru yang mengajar anak-anak Pendidikan Khas bernama Fazri Hassan yang kini bertugas di Sandakan, Sabah.

BACA: Cikgu Kantoi ‘Recycle’ Hadiah Hari Guru Murid, Terbagi Pada Adiknya Pula!

Menerusi posting di laman Twitter miliknya sebelum ini, dia kerap berkongsi aktiviti dan perkembangan yang dilakukan oleh semua anak didiknya. Dan antara yang paling mencuri tumpuan adalah adik Maisarah yang merupakan seorang murid kategori ‘Lewat Perkembangan’.




Menerusi video terbaru yang dimuatnaik olehnya, Cikgu Faz berkongsi reaksi si cilik ini ketika melakukan sebuah eksperimen sains yang memaparkan tentang ciri ketumpatan atau density antara air kosong dengan air yang sudah terlarut dengan garam. Menurutnya, ujikaji tersebut dilakukan sempena Minggu Sains Negara selain memenuhi daya ingin tahu para pelajar.

Tengok reaksi comel Sarah!




Kenapa comel sangat ni? Geram!

Ternyata reaksi comel yang dipamerkan oleh murid berusia 8 tahun ini mendapat perhatian ramai dengan bilangan lebih 10 ribu retweets walaupun hanya dikongsikan sejak malam tadi. Netizen di laman Twitter tidak putus-putus memberikan pujian kepada si kecil ini serta gurunya kerana sangat kreatif dalam mendidik dalam masa yang sama menghiburkan anak-anak istimewa seperti ini.




Sumber: Twitter Fazri Hassan




Artikel Popular