Viral

[VIDEO] Menari Slow Mo TikTok, Gadis Malu Habis Kantoi Dengan Senior Handsome

[VIDEO] Menari Slow Mo TikTok, Gadis Malu Habis Kantoi Dengan Senior Handsome
Rasaflix

Sharing is caring!

Aplikasi TikTok sering menjadi pilihan pada masa kini. Mana tidaknya, pengisiannya tidak hanya tertumpu kepada hiburan semata malah juga bermanfaat kepada orang ramai. Terutamanya mengurangkan tekanan selepas seharian penat belajar dan menghadiri kelas.


BACA: [VIDEO] Sakan Ikut Trend TikTok, Pengantin Lelaki Buat Bini Tergolek Lucu Habis

Konon nak rakam slow mo sambil pusing-pusing..Sekali kantoi senior handsome tengok

Antara yang tidak ketinggalan menggunakan aplikasi berkenaan ialah dua orang gadis ini. Penuntut Universiti Teknologi Mara Seri Iskandar itu baru sahaja hendak merakam aksi mereka berjalan di koridor fakulti. Malah mereka turut melakukan cat walk sebelum berpusing seperti gaya model untuk disunting secara slow mo. Namun belum sempat pusingan itu dihabiskan, mereka terkedu apabila gelagat tersebut disaksikan oleh seorang jejaka tampan yang kebetulan lalu di kawasan sama.

@jxaaaaa_

Lain kali jangan happy sangat 😭 kan dah murung setahun HAHAHA! #slowmo #spoiler #fyp

♬ original sound – Jxaaaaa_ – Jajajaja

Memang betul-betul perfect timing betul girl tu pusing..Masalahnya mamat tu handsome weh

Selain itu, pemuda yang juga senior fakulti sempat tersenyum manis membuatkan mereka tunduk dan tersipu malu. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan aksi bersahaja daripada kedua-dua pelajar berkenaan. Dalam pada itu, ramai juga berseloroh mungkin saja jejaka tampan tersebut  adalah jodoh yang tidak disangka-sangka. Secara keseluruhannya, video yang dimuat naik telah pun meraih lebih setengah juta jumlah tontonan di TikTok.


[VIDEO] Menari Slow Mo TikTok, Gadis Malu Habis Kantoi Dengan Senior Handsome

[VIDEO] Menari Slow Mo TikTok, Gadis Malu Habis Kantoi Dengan Senior Handsome

[VIDEO] Menari Slow Mo TikTok, Gadis Malu Habis Kantoi Dengan Senior Handsome

Sumber: TikTok Jajajaja

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

[VIDEO] Menari Slow Mo TikTok, Gadis Malu Habis Kantoi Dengan Senior Handsome

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram