Artis

[VIDEO] “Meremang Dengar”-Indahnya Suara Ernie Zakri Alun Selawat Syaikhona

[VIDEO] “Meremang Dengar”-Indahnya Suara Ernie Zakri Alun Selawat Syaikhona
Rasaflix

Sharing is caring!

Kehebatan vokal penyanyi kecil molek Ernie Zakri tidak boleh dipertikaikan lagi. Dia yang juga pernah meraih Anugerah Vokal Terbaik di AJL32 sering dipuji kerana suaranya yang lantang dalam membawakan apa jua lagu. Namun siapa sangka penyanyi terkenal ini juga boleh mengalunkan bacaan selawat sehebat qariah negara.

BACA: Nyanyian Ernie Mantap Tapi Tak Menang Langsung, Rupanya Ramai Tak Puas Hati

First time dengar Ernie Zakri membaca selawat… berduet dengan juara Tilawah Al-Quran Antarabangsa

Menerusi perkongsian di TikTok, Ernie Zakri memuat naik video dirinya yang sedang mengalunkan bacaan selawat bersama-sama dengan juara Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2019. Siapa sangka guru vokal ini mampu melantunkan bacaan selawat sehebat qariah muda yang bernama Farhatul Fairuzah.

[VIDEO] “Meremang Dengar”-Indahnya Suara Ernie Zakri Alun Selawat Syaikhona

Suara merdu mengalunkan selawat…kelunakannya membuat orang sekeliling boleh meremang

Dengan mempunyai suara nyanyian yang tersendiri, finalis Anugerah Juara Lagu 35 ini merdu mengalunkan selawat tersebut yang bertajuk ‘Syaikhona’. Tidak cuma itu, kelunakan Ernie Zakri mendendangkan bacaan selawat dengan jelas dan lancar boleh buat orang yang mendengarnya meremang habis walaupun cuma berdurasi beberapa saat.

@erniezakri23

#duet with @farhatulfairuzah ❤❤❤❤❤❤

♬ original sound – Farhatul Fairuzah – Farhatul Fairuzah

Masya Allah sedapnya suara…sebak je dengan selawat, suara Ernie macam Ziana Zain

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji suara Ernie Zakri yang ternyata boleh memberikan impak di hati mereka. Mereka turut sebak mendengar setiap bait-bait selawat yang dibaca oleh kedua-dua figura ini. Video yang berdurasi 12 saat ini telah meraih lebih 225 ribu jumlah tontonan.

[VIDEO] “Meremang Dengar”-Indahnya Suara Ernie Zakri Alun Selawat Syaikhona


[VIDEO] “Meremang Dengar”-Indahnya Suara Ernie Zakri Alun Selawat Syaikhona

[VIDEO] “Meremang Dengar”-Indahnya Suara Ernie Zakri Alun Selawat Syaikhona

[VIDEO] “Meremang Dengar”-Indahnya Suara Ernie Zakri Alun Selawat Syaikhona


Sumber: TikTok erniezakri23

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

[VIDEO] “Meremang Dengar”-Indahnya Suara Ernie Zakri Alun Selawat Syaikhona

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram