[VIDEO] Menangis Si Ibu, Syafie Naswip & Adik ‘Suprise’ Hadiahkan Rumah Pertama

Syafie Naswip, nama yang sudah tidak asing lagi dalam industri seni tanah air. Pelakon lelaki ini juga adalah antara yang sentiasa berjaya menjiwai watak dengan baik di bawah tunjuk ajar pengarah terkenal, Allahyarhamah Yasmin Ahmad. Walaupun pernah terpalit kontroversi bersama bekas tunangnya, namun artis lelaki tersebut tetap giat berlakon dalam beberapa drama serta telemovie. 

BACA: Konon Burukkan Bekas Tunang, Pengurus Syafie Buka Mulut Cerita Hal Sebenar

Beri kejutan sebuah rumah baru untuk ibu bapanya

Terbaru, Syafie telah memuat naik satu video di laman Instagram miliknya yang memaparkan usahanya untuk membuat kejutan kepada ibu tercinta dengan menghadiahkan sebuah rumah. Wanita tersebut pada mulanya hanya menyangka bertandang ke rumah saudara yang lain. Walau bagaimanapun, dia terkejut apabila melihat kelibat ahli keluarga terdekat turut berada bersama dalam rumah baru tersebut. 

Advertisement

View this post on Instagram

Malam ini tiba-tiba terbayang kesusahan kami adik beradik kumpul duit ikat perut untuk membeli rumah pertama hadiah buat mak ayah… Mula menyimpan selama dua tahun bermula tahun 2016. Allah sahaja yang tahu bagaimana kami yang tidak tahu apa2 tentang prosedur membeli rumah tetapi dengan niat yang betul, doa dan usaha yang tidak putus, Kami dipertemukan dengan mereka-mereka yang baik untuk membantu mempermudahkan lagi usaha ini. Walaupun selepas 4 tahun, Rumah ini masih belum siap sepenuhnya, Aku terharu dan bersyukur, Siapa sangka budak yang sering diherdik dan dihina saat kecil ini boleh berjaya membuat emak & ayahnya tersenyum. Masih banyak lagi yang aku ingin capai pada tahun ini, Dan aku harap Allah permudahkan segalanya. More to come amin… #WorkForFamily #familyfirst❤️

Advertisement

A post shared by Syafie Naswip (@syafienaswip) on

Rancang beli rumah sejak 2016 lagi

Tatkala pelakon lelaki itu menjelaskan kediaman berkenaan adalah merupakan rumah yang dibeli olehnya dan juga adik sebagai hadiah, si ibu terus sebak tanpa kata. Jelasnya, perancangan tersebut bermula sejak 2016 lagi, membuatkan mereka tersebut bertungkus lumus mengumpul duit bagi merealisasikan impian berkenaan. Dua beradik itu juga dalam usaha memujuk ibu bapa untuk berpindah ke sana memandangkan mereka enggan keluar dari kawasan kediaman lama di Gombak. 

Advertisement

 

Advertisement

Kami yang tengok pun tumpang sebak. Inspired sangat

Video yang dikongsi telah mendapat hampir 60,000 jumlah tontonan. Rata-rata kenalan dan juga netizen merasa terharu dengan usaha pelakon tersebut untuk membahagiakan kedua-dua orang tuanya. Malah mereka turut mendoakan semoga pemuda tersebut dipermudahkan segala urusan serta dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T.  

 

Advertisement

Sumber: Instagram Syafie Naswip

Advertisement