Dulu Keding & Ringan, Gadis Cantik Ini Kongsi Tips Efektif Naikkan Berat Badan

Tak dinafikan bahawa tips atau petua untuk melangsingkan badan memang bersepah-sepah ditemukan dalam Internet masa kini. Daripada amalan pemakanan ‘suku-suku separuh’ hinggalah ke diet ekstrem seperti intermittent fasting, kesemuanya sangat efektif untuk mendapatkan kembali bentuk badan yang ideal. Namun begitu, bukan semua orang di dunia ini berhadapan masalah berat berlebihan.

BACA: Idea Baru Untuk Tampil Langsing, Hisap Ketulan Ais Bantu Turunkan Berat Badan

Betapa susahnya orang metabolisme tinggi nak naikkan berat

Hakikatnya, ada sesetengah orang sering kali rungsing apabila bentuk badan selalu diperlekeh gara-gara terlalu ringan atau slim. Menerusi posting di laman Twitter miliknya, gadis bernama Syura Ibrahim ini berkongsi beberapa tips mudah buat golongan yang mempunyai kadar metabolisme (jumlah kalori dibakar oleh badan) tinggi sepertinya. Dia turut memuat naik gambar sendiri yang diambil pada tahun lepas serta terkini sebagai perbandingan.

Advertisement

Kena minum susu…satu gelas pagi & malam

Ujar gadis ini, antara rahsia di sebalik penambahan beratnya adalah amalan minum susu. Sepanjang tempoh berkenaan, Syura telah membiasakan diri untuk minum susu penuh krim sekurang-kurangnya sekali pada waktu siang dan juga malam. Dia turut menyeru individu yang kurang berminat terhadap minuman ini agar jangan takut untuk mencuba.

Advertisement

Gambar sekadar hiasan

Kalau lapar je makan…jangan tahan & malas

Mengulas tentang pemakanan pula, gadis tersebut menggalakkan golongan sepertinya jangan sesekali skip menjamah sesuatu hidangan apalagi jika perut sememangnya lapar. Malah anda juga mungkin boleh perbanyakkan makanan yang mengandungi tenusu seperti coklat, keju dan sebagainya. Bantuan daripada individu terdekat seperti ahli keluarga, rakan-rakan atau teman istimewa juga secara tak langsung boleh menaikkan selera makan. Dalam pada itu, Syura turut menasihati orang ramai supaya menjauhkan diri daripada kelompok yang tak henti-henti berkata buruk tentang fizikal orang lain.

Advertisement
Gambar sekadar hiasan

Sumber: Twitter syuraibrhm

Advertisement

Advertisement