Keibubapaan Keluarga Viral

[VIDEO] Mak Terkejut Ingat ‘Hantu’, Kena Prank Dengan Anak 3 Tahun Tak Balik

[VIDEO] Mak Terkejut Ingat ‘Hantu’, Kena Prank Dengan Anak 3 Tahun Tak Balik

Sharing is caring!

Apabila anak-anak sudah meningkat dewasa, adakalanya semakin sukar untuk ibu bapa meluangkan masa bersama mereka. Tambahan pula, masing-masing sibuk dengan urusan kerja atau menuntut ilmu. Walau bagaimanapun, jika sesekali anak-anak dapat pulang bertemu orang tua, pasti saja mereka sangat gembira. Situasi itulah digambarkan menerusi sebuah video ini yang tular di laman Twitter. 

BACA: [VIDEO] Terbang Dari Malaysia Ke Mesir, Gadis Sebak Bapa Datang Buat Suprise

3 tahun menuntut di luar negara

Perkongsian tersebut telah dimuat naik oleh seorang gadis, @AisyahAzmil. Video yang berdurasi kurang 40 saat itu menyaksikan sepasang suami isteri sangat terkejut selepas menyedari salah seorang anak mereka turut berada bersama. Jelas gadis tersebut, kakaknya itu sudah hampir 3 tahun tidak pulang ke rumah kerana melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat. Oleh sebab itu, wanita berkenaan bercadang memberi kejutan kepada kedua-dua ibu bapa mereka. 

Si ibu ingatkan hanyalah ‘jelmaan’ 

Pada mulanya video berkenaan menyaksikan gadis tersebut mengajak ibu bapanya untuk mengambil gambar selfie bersama. Sebelum akhirnya si ibu melihat kelibat anak perempuannya itu dalam foto tersebut. Malah wanita berkenaan turut menganggap kelibat tersebut cumalah bayangannya serta menyifatkan ia sangat seram. Dia dan suami bagaimanapun terkejut besar apabila anaknya itu bersuara di belakangnya. 

[VIDEO] Mak Terkejut Ingat ‘Hantu’, Kena Prank Dengan Anak 3 Tahun Tak Balik

[VIDEO] Mak Terkejut Ingat ‘Hantu’, Kena Prank Dengan Anak 3 Tahun Tak Balik

 

Bapak dia jerit tu lawak, boleh tahu bapak dia cool

Video tersebut telah berjaya mendapat lebih 663,400 jumlah tontonan beserta 39,800 retweet. Rata-rata netizen sangat terhibur melihat reaksi kedua-dua ibu bapa mereka. Malah mereka turut menyifatkan reaksi si ayah adalah yang paling terbaik serta kelihatan sungguh comel sewaktu menjerit. 

[VIDEO] Mak Terkejut Ingat ‘Hantu’, Kena Prank Dengan Anak 3 Tahun Tak Balik [VIDEO] Mak Terkejut Ingat ‘Hantu’, Kena Prank Dengan Anak 3 Tahun Tak Balik [VIDEO] Mak Terkejut Ingat ‘Hantu’, Kena Prank Dengan Anak 3 Tahun Tak Balik

Sumber: Twitter AisyahAzmil 

Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Mak Terkejut Ingat ‘Hantu’, Kena Prank Dengan Anak 3 Tahun Tak Balik

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram