Viral

[VIDEO]Main Pancut Air Kat Tandas Awam, ‘Kantoi Busuk’ Kena Denda Akak Cleaner

[VIDEO]Main Pancut Air Kat Tandas Awam, ‘Kantoi Busuk’ Kena Denda Akak Cleaner
Rasaflix

Sharing is caring!

Tak dinafikan, memang seronok kalau dapat kawan-kawan yang berperangai ‘masuk air’. Ada sahaja kerja gila yang ingin mereka lakukan sampai kadangkala orang lain pula naik segan. Begitulah gambaran sesuai buat 2 sekawan ini sehingga berlaku pula sesuatu yang tak disangka.

BACA: Joget Mengalahkan Pak Maon, 3 Pekerja ‘Kantoi’ Rupanya Bos Terpacak Di Belakang

Main pancut air dalam tandas mall sampai tak ingat dunia

Menerusi TikTok, Abdul Azim kongsi rakaman 2 orang rakannya yang sedang seronok bermain pancut-pancut air dalam tandas awam di sebuah pusat membeli-belah. 2 pemuda itu kelihatan sangat seronok sehingga kawasan tandas itu mula ‘basah lencun’ dek kerana pancutan air daripada alat permainan yang dibawa mereka semua.

@aabdulazimm

♬ original sound – LIL LANES

Sekali ‘kantoi busuk’ dengan akak cleaner, terus kena denda bersihkan seluruh tandas

Malang sekali buat 2 sekawan terbabit apabila ‘terkantoi’ dengan akak cleaner yang bertugas pula. Wanita berkenaan mengarahkan mereka supaya membersihkan kawasan yang basah itu menggunakan sebatang mop. Kedua-dua pemuda terbabit akur dengan arahan tersebut dan memohon maaf kepada akak cleaner berkenaan sebelum beredar dari tempat kejadian.


@aabdulazimm

Reply to @gummybearrr._ btw those guys are my friends hehe

♬ original sound – Abdulaazim – Abdulaazim

Dapat gaji tak lepas tu? Suka betul sampai sempat lagi nak senyum-senyum ya…

Video berdurasi 21 saat itu meraih lebih 88 ribu tontonan setakat ini. Selain terhibur dengan kejadian tersebut, netizen juga sempat berseloroh sama ada mereka berdua diberikan gaji atau tidak selepas melakukan ‘denda’ berkenaan.

[VIDEO]Main Pancut Air Kat Tandas Awam, ‘Kantoi Busuk’ Kena Denda Akak Cleaner

[VIDEO]Main Pancut Air Kat Tandas Awam, ‘Kantoi Busuk’ Kena Denda Akak Cleaner

[VIDEO]Main Pancut Air Kat Tandas Awam, ‘Kantoi Busuk’ Kena Denda Akak Cleaner


[VIDEO]Main Pancut Air Kat Tandas Awam, ‘Kantoi Busuk’ Kena Denda Akak Cleaner

[VIDEO]Main Pancut Air Kat Tandas Awam, ‘Kantoi Busuk’ Kena Denda Akak Cleaner

Sumber: TikTok Aabdulazim

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

[VIDEO]Main Pancut Air Kat Tandas Awam, ‘Kantoi Busuk’ Kena Denda Akak Cleaner

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram