Utama Viral Miliki Wajah Persis Lee Dong Wook, PU Azman Kantoi Tinggal Komen Merata...

Miliki Wajah Persis Lee Dong Wook, PU Azman Kantoi Tinggal Komen Merata Di IG!

Kalau menyebut nama PU Azman, siapa saja yang tidak mengenali pendakwah selebriti ini? Peribadinya yang bersahaja dan suka membuat lawak dalam menyampaikan ilmu agama membuatkan dirinya mudah sebati dalam penerimaan masyarakat. Sekitar bulan Mac yang lalu juga, PU Azman pernah memuat naik sekeping gambar ke Instagram bersama seorang pelakon Korea Selatan kacak yang pernah popular menerusi drama ‘Goblin’ iaitu Lee Dong Wook.

BACA : Macam Pelakon Sinetron- Gadis Ini Jadi Tumpuan Bila Muncul Lama Dalam Berita 

Sewaktu dikongsikan dahulu, gambar tersebut begitu menarik perhatian sehingga menjadi viral dan ramai yang beranggapan wajah ustaz ini memang seiras dengan aktor berkenaan. Bukan sahaja mimik muka, malahan kulit masing-masing yang agak cerah seolah-olah menambah lagi persamaan mereka berdua.

PU Azman confirm turn on notification ni!

Kini sekali lagi, PU Azman telah menghiburkan ramai apabila kelibat komennya dapat dilihat menerusi berpuluh-puluh posting pelakon Korea berkenaan di Instagram. Perkara itu mula disedari oleh seorang pemuda yang kemudiannya dikongsikan ke Twitter pula. Sehingga kini, perkongsiannya sudah meraih lebih daripada 11,000 jumlah retweet.




Kenapa tak pakai baju? Nanti sejuk kau demam

Setiap posting berbentuk gambar mahupun video yang dikongsikan Lee Dong Wook, ada sahaja komen yang akan ditinggalkan. Lebih lucu lagi, komen tersebut begitu santai sekali menggunakan loghat Negeri Sembilan. Dah macam member-member pula lagatnya. Walaupun komen berkenaan tidak dibalas semula aktor itu, namun PU Azman seronok menitip begitu banyak komen sejak beberapa bulan lalu dan posting terbaru juga tidak terkecuali.

Aku tak boleh berhenti gelak…

Sebenarnya, apa yang dikongsikan ini adalah sebahagian sahaja dan masih banyak lagi posting lain yang dikomen oleh pendakwah ini. Netizen juga nampaknya begitu terhibur dan ada yang berseloroh kononnya PU Azman memang meminati aktor tersebut.




Sumber : Instagram Lee Dong Wook Official dan Twitter Mhidhm

 

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI