[VIDEO] Lelaki Bertatu Dapat Hidayah Ucap Syahadah, Buat Ramai Rasa Sebak

Ustaz Ebit Lew, satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia dakwah. Beliau sering disenangi oleh ramai orang termasuklah golongan bukan Islam gara-gara perwatakan yang sangat berlemah-lembut serta cara dakwah yang santai tetapi sampai. Malah tidak cukup dengan itu, segala perkongsian ilmu atau video yang dimuat naik ke laman media sosial miliknya selalu mendapat perhatian daripada para netizen. 

BACA: Hadir Dengar Ceramah Ebit Lew Wanita Cina Sebak Masuk Islam Hadapan Satu Dewan 

Rasa sebak, begitulah hidayah

Advertisement

Baru-baru ini, seorang lelaki bertatu mengucapkan 2 kalimah syahadah semasa seminar kendalian beliau. Di ruangan kapsyen, Ustaz Ebit sempat mencoretkan luahan hatinya berasa terharu dengan keputusan lelaki yang dikenali sebagai Raj itu untuk masuk Islam setelah beberapa minggu berhubung. Malahan, keputusan itu juga tidak mendapat sebarang tentangan daripada keluarga lelaki ini. 

Advertisement

Walaupun bawa senjata kemana-mana, tapi baik akhlaknya

Menurut Ustaz Ebit lagi, meskipun Raj berpewatakan agresif kerana menjalankan tugas sebagai seorang bodyguard, namun sikapnya sangat terpuji. Ebit Lew turut mengharapkan agar saudara baru ini menjadi inspirasi kepada yang lain untuk mengikuti jejaknya. Lebih menyentuh hati lagi, apabila Raj bertindak memeluk Ustaz Ebit selepas mengucapkan syahadah. 

Advertisement
View this post on Instagram

Sebak baru sekejap tadi jumpa Raj. Dah berminggu mesej dengan beliau. Hari ini beliau ucap syahadah. Beliau memeluk Islam. Ya Allah sebak rasa. Begitulah hidayah. Keluarganya semua menerima dengan baik beliau memeluk Islam. Walau bawa senjata kemana-mana sebagai bodyguard. Badan bertatu penuh. Setiap negara pergi satu tatu. Tapi lembut dan baik akhlaknya. Dia nak hadir #SeminarPerbaikiDiri #Keluargasunnah #9feb2020. Semangat dia nak belajar Islam. Tahniah Raj. Ya Allah semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah buat lebih ramai orang memeluk Islam-ebitlew #fullVideoMasukIslam #youtubeEbitlew . Pendaftaran Seminar KeluargaSunnah 9 Feb 2020 MAEPS Serdang www.transformjiwa.com Atau link di bio/profile

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Advertisement

 

 

Advertisement

Allahuakbar..seorang insan yang buat ramai masuk Islam

Detik-detik tersebut nyata telah mengundang rasa sebak netizen. Mereka turut berasa syukur dan mengucapkan tahniah kepada saudara baru ini. Tidak kurang juga ada yang memuji usaha dakwah yang telah dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew ini. Walaupun cuma berdurasi 25 saat, video itu telah mendapat sebanyak 544 ribu tontonan setakat ini. 

Advertisement

Sumber: Instagram ebitlew 

Advertisement

Advertisement