Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Viral

[VIDEO] Kepala Tersangkut Lubang, Lawak Habis Gelagat Kucing Ini Dibebel ‘Omak’

12th January 2020
in Viral
[VIDEO] Kepala Tersangkut Lubang, Lawak Habis Gelagat Kucing Ini Dibebel ‘Omak’
595
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Mereka yang mempunyai kucing sebagai haiwan peliharaan di rumah mesti tahu betapa nakalnya perangai mereka. Di samping memiliki sifat manja dan rupa yang sangat comel, haiwan berkaki empat ini juga cukup terkenal di serata dunia dengan perangai suka menyusahkan pemiliknya. Ada saja ragam pelik dan tak terjangkau dek akal yang ditampilkan lebih-lebih lagi anak kucing seperti yang dipaparkan dalam video viral baru-baru ini.

BACA: Awas Makanan Disumbat Paku, Sengaja Ditabur Aniaya Kucing & Anjing Kelaparan

Kepala tersangkut dalam lubang…tak boleh keluar

Menerusi perkongsian beberapa video yang dimuat naik oleh Suhana Binti Rahim semalam, salah seekor daripada kucing dibelanya telah ditemui tersangkut pada lubang sebaik dia pulang dari tempat kerja. Geram melihatnya dalam situasi itu, anak kucing berkenaan telah dibebel panjang dalam loghat Negeri Sembilan oleh wanita berkenaan. Walaupun begitu, dia tetap memberikan air bagi menghilangkan rasa haus haiwan tersebut sementara memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah itu.

[VIDEO] Kepala Tersangkut Lubang, Lawak Habis Gelagat Kucing Ini Dibebel ‘Omak’

[VIDEO] Kepala Tersangkut Lubang, Lawak Habis Gelagat Kucing Ini Dibebel ‘Omak’

Akhirnya misi berjaya…jangan macam ni selalu nak

Gara-gara malu untuk meminta bantuan anggota bomba bagi menyelesaikan insiden berkenaan, Suhana akhirnya nekad untuk menebuk simen di sekeliling kawasan lubang tempat kucing itu terperangkap. Setelah hampir 2 jam bekerja keras, akhirnya dia berjaya juga mengeluarkan si comel berkenaan tanpa mengalami sebarang kecederaan.

[VIDEO] Kepala Tersangkut Lubang, Lawak Habis Gelagat Kucing Ini Dibebel ‘Omak’

[VIDEO] Kepala Tersangkut Lubang, Lawak Habis Gelagat Kucing Ini Dibebel ‘Omak’

“Apa perasaan masuk lubang lepas tu terkial-kial tak boleh keluar?”

Bagaimanapun, sesi leteran Suhana tidak terhenti setakat di situ saja. Gara-gara masih bengang dengan kejadian berkenaan, dia sengaja merakam gelagat kucing berkenaan sesudah berjaya diselamatkan dan sempat membuat sesi soal jawab dengannya. Menariknya, kucing itu cuma memberikan wajah comel dan tidak bersalah sahaja ketika mendengar rungutan pemiliknya sebelum pergi mendapatkan susu ibunya.

[VIDEO] Kepala Tersangkut Lubang, Lawak Habis Gelagat Kucing Ini Dibebel ‘Omak’

[VIDEO] Kepala Tersangkut Lubang, Lawak Habis Gelagat Kucing Ini Dibebel ‘Omak’

Hanya yang sayang kucing je buat macam ni…gaduh bebel macam dengan orang

Secara keseluruhannya, video berkenaan telah dikongsi lebih 7 ribu kali di laman Facebook sejak semalam. Selain terhibur melihat gelagat comel haiwan peliharaannya, rata-rata netizen juga tak henti-henti ketawa mendengar segala kata-kata yang keluar daripada mulut Suhana. Malah ada mengakui bahawa itulah lumrah sebagai pemilik kucing yang sentiasa mementingkan soal keselamatan haiwan peliharaannya.

[VIDEO] Kepala Tersangkut Lubang, Lawak Habis Gelagat Kucing Ini Dibebel ‘Omak’

[VIDEO] Kepala Tersangkut Lubang, Lawak Habis Gelagat Kucing Ini Dibebel ‘Omak’

[VIDEO] Kepala Tersangkut Lubang, Lawak Habis Gelagat Kucing Ini Dibebel ‘Omak’

[VIDEO] Kepala Tersangkut Lubang, Lawak Habis Gelagat Kucing Ini Dibebel ‘Omak’

Sumber: FB Suhana Binti Rahim

Tags: bebelibukucingleterlubangmaksimentersangkutwanita
Next Post
[VIDEO] Kepala Tersangkut Lubang, Lawak Habis Gelagat Kucing Ini Dibebel ‘Omak’

Penangan Influenza A, Abang Demam Dulu Tapi Adik Kena Tempias & Pergi Selamanya

Smartphone Terbaik dengan RAM Besar & Storan Luas

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)