Awas Makanan Disumbat Paku, Sengaja Ditabur Aniaya Kucing & Anjing Kelaparan

Zaman sekarang ini, haiwan peliharaan seperti kucing, anjing, burung, hamster dan sebagainya bukan lagi sekadar untuk tujuan dibelai atau mengisi masa terluang bersama. Sebaliknya, hubungan erat bersama haiwan juga boleh dijadikan sebagai terapi untuk mengembangkan lagi ciri emosi, fizikal dan sosial manusia khususnya kanak-kanak. Maka tidak hairanlah semakin ramai yang mahu menjadi pemilik haiwan selain bersedih apabila kehilangan teman baik mereka.

BACA: [VIDEO] Sampai Ketiak Pun Nak Dihidu, Pemuda Pelik Dengan Aksi Kucing Ini

Gambar sekadar hiasan

Makanan disumbat paku…sengaja diberi pada haiwan

Advertisement

Namun tindakan sesetengah pihak yang kasar perlu ditangani segera agar tidak mengorbankan lebih banyak haiwan, baik yang dipelihara atau berkeliaran di jalanan. Baru-baru ini, halaman Facebook Kelab Pencinta Kucing Malaysia telah memuat naik beberapa gambar makanan yang telah disumbatkan dengan paku dan ditaburkan di kawasan perumahan serta tempat letak kereta. Tindakan sedemikian didakwa sengaja dibuat untuk menyakiti haiwan seperti anjing serta kucing yang lapar mencari makanan.

Advertisement

Turut mudaratkan pengguna jalan raya

Di samping menganiaya makhluk-makhluk tak bersalah itu, makanan sebegini juga berpotensi untuk mengundang masalah lain terutamanya kepada para pengguna jalan raya. Seandainya kenderaan seperti motosikal atau kereta terlalu di atas makanan yang mempunyai paku seperti ini, pasti mengalami kerosakan pada bahagian tayar atau lebih teruk lagi terbabit dalam nahas jalan raya.

Advertisement

Tergamaknya bagi mereka makan…kalau nampak tolong kutip

Menjengah ke ruangan komen posting tersebut pula, rata-rata netizen meluahkan rasa terkilan terhadap pihak yang tergamak melakukan cara kotor tersebut demi menghalau haiwan. Tambah mereka lagi, cara memberi makan racun atau alatan berisiko seperti ini sangat tidak berperikemanusiaan dan menggambarkan betapa mundurnya pemikiran sesetengah masyarakat kita. Dalam pada itu, orang ramai dinasihati agar tolong buang cebisan makanan sedemikian jika ternampak di mana-mana.

Advertisement

Advertisement

Sumber: FB Kelab Pencinta Kucing Malaysia

Advertisement
Advertisement