Utama Artis Main Game Berlakon Dengan Followers, Aksi Mawar Rashid & Suami Lawak

[VIDEO] Main Game Berlakon Dengan Followers, Aksi Mawar Rashid & Suami Lawak

Seperti diketahui ramai, pelakon berketurunan Melayu-Siam iaitu Mawar Rashid atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri sangat berbakat dalam bidang lakonan. Semua watak juga dapat dibawa dengan jayanya sehingga memberikan kesan yang mendalam kepada para penonton. Malah Mawar juga merupakan seorang selebriti yang mempunyai perangai ‘gila-gila’ membuatkan dia sangat mudah untuk didekati.

BACA : Masih Muda & Belum Serik Beranak – Mawar Rashid Idam Timang 2 Lagi Cahaya Mata

Duk main game berlakon dengan followers MekWa

Terbaru, pelakon berusia 24 tahun ini ada memuat naik sebuah rakaman video di laman Instagram. Video tersebut memaparkan gelagatnya melakonkan beberapa aksi seperti yang diminta oleh para pengikutnya.

Ayang nak makan chicken chop..

Antara aksi Mawar melakonkan pelbagai watak dengan dialog yang diberikan termasuklah aksi manja, sedih, menjadi bomoh, dan juga berbicara menggunakan bahasa Thailand. Bukan Mawar saja yang berbakat berbuat demikian, malah suaminya iaitu Raf Yaakob rupanya boleh tahan juga dalam menjayakan ‘drama’ spontan ini.

Suka tengok korang..best dapat laki camtu

Perkongsian bekas finalis Dewi Remaja 2014/2015 ini jelas sekali telah mencuri tumpuan ramai sehingga IG miliknya dihujani dengan pelbagai komen daripada netizen. Ditambah pula, sisi lain suaminya turut serta dalam lakonan pendek berkenaan membuatkan mereka terhibur melihatnya. Malah netizen turut memuji sikap ‘sporting’ Raf kerana melayani perangai Mawar itu.

Advertisement




Sumber : IG Mawar Rashid

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement