Viral

[VIDEO] Hilangkan Kebosanan, Penghuni Wanita Buat Catwalk & Berzapin Di MAEPS

[VIDEO] Hilangkan Kebosanan, Penghuni Wanita Buat Catwalk & Berzapin Di MAEPS
Rasaflix

Sharing is caring!

Sejak akhir-akhir ini banyak video yang memaparkan keadaan di pusat kuarantin Covid-19 dikongsikan di sosial media. Malah sebelum ini, tular satu video yang memaparkan sekumpulan penghuni lelaki yang sangat menghiburkan hati apabila berjalan catwalk seperti melakukan ‘fashion show’ sambil diiringi muzik latar yang cukup meriah. Bukan setakat mencuit hati, mereka turut dipuji sangat kreatif sepanjang kuarantin di sana.

[VIDEO] 18 Hari Kuarantin, Gadis Raikan Bebas COVID Ala-Ala Konvo Universiti

Siapa kata perempuan susah nak jadi geng…Lawan test bakat buat catwalk berzapin di Maeps Serdang

Seakan tak mahu mengalah, kini giliran ‘geng wanita’ pula menjadi tular di TikTok sambil melakukan pelbagai aktiviti menarik di pusat kuarantin. Antara aktiviti yang dilakukan oleh pengguna bernama Farah Sulaiman ini adalah membuat ujibakat catwalk bersama rakan-rakannya sambil diiringi dengan lagu klasik. Walaupun sekadar untuk menghilangkan kebosanan serta rapatkan hubungan dengan kenalan baru, sesetengah mereka malah turut mengambil kesempatan tunjukkan bakat tarian yang cukup menarik termasuklah berzapin sekali.


@farah.sulaiman

#quratine be like #maepsserdang

♬ Pantun Budi – SM Salim

@farah.sulaiman

layan 🤪🤪#maepsserdang #quratine

♬ Kimi No Toriko (Remix) – KKM👑KING HERMAN S WiLLiAM🇲🇨

Semoga cepat sembuh…Nampak happy je mereka ni walaupun kena kuarantin

Rakaman berdurasi 18 saat itu telah berjaya meraih 25 ribu jumlah tontonan setakat ini. Terhibur melihat gelagat geng perempuan itu catwalk, rata-rata netizen beranggapan mereka gembira duduk di sana. Dikesempatan itu, netizen juga mendoakan agar mereka cepat sembuh.

[VIDEO] Hilangkan Kebosanan, Penghuni Wanita Buat Catwalk & Berzapin Di MAEPS


[VIDEO] Hilangkan Kebosanan, Penghuni Wanita Buat Catwalk & Berzapin Di MAEPS

[VIDEO] Hilangkan Kebosanan, Penghuni Wanita Buat Catwalk & Berzapin Di MAEPS

[VIDEO] Hilangkan Kebosanan, Penghuni Wanita Buat Catwalk & Berzapin Di MAEPS

Sumber: TikTok Farah Sulaiman

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

[VIDEO] Hilangkan Kebosanan, Penghuni Wanita Buat Catwalk & Berzapin Di MAEPS

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram