Viral

[VIDEO] Hanya Guna Filter IG, Impian Pemuda Ini Nak Jadi Pengetua ‘Tercapai’

[VIDEO] Hanya Guna Filter IG, Impian Pemuda Ini Nak Jadi Pengetua ‘Tercapai’
Rasaflix

Sharing is caring!

Kewujudan telefon pintar serta aplikasi menarik membuatkan kita mempunyai banyak medium untuk menghiburkan diri. Salah satu aplikasi yang paling popular adalah Instagram memandangkan ia dilengkapi dengan fungsi IG Story. Selain boleh berkongsikan video pendek rutin seharian, terdapat pelbagai filter yang melucukan dan nampaknya seorang pemuda dengan akaun Twitter @keem tidak ketinggalan menggunakan sebuah fungsi baru ini.

BACA : Budak Order Corn Dog 2 Bungkus, Bila Nak Bayar Terus Rasa Sebak Dengan Duitnya

Filter ini merealisasikan impian aku nak jadi pengetua

Mula dikongsikan sejak semalam, video berdurasi 24 saat itu berjaya meraih hampir 20,000 retweet daripada netizen setakat ini. Dengan mengenakan sehelai selendang berona merah terang, pemuda berkenaan mula beraksi persis seorang pengetua yang sedang memberikan ucapan di hadapan warga sekolah bersempena Hari Sukan.


Scarf ni aku beli kat bundleColour meriah sikit

Dengan filter baru itu, dapat dilihat wujudnya imej pembesar suara serta kelibat podium yang sering kita temui ketika seorang guru memberikan ucapan. Tidak ketinggalan, intonasi suara yang penuh dengan kredibiliti serta sound effect bergema seperti berada di dalam dewan semakin menambah kelucuan ucapan berkenaan.

[VIDEO] Hanya Guna Filter IG, Impian Pemuda Ini Nak Jadi Pengetua ‘Tercapai’

Asal kelakar gila eh?

Meskipun pendek sahaja, namun gelagat pemuda itu sudah pun ditonton lebih 200 ribu jumlah tontonan. Rata-ratanya terhibur dan bersetuju bahawa aksi tersebut memang sangat mirip dengan situasi pengetua yang pernah mereka saksikan sebelum ini. Ada juga yang mula berkongsikan pengalaman masing-masing di ruang komen.


[VIDEO] Hanya Guna Filter IG, Impian Pemuda Ini Nak Jadi Pengetua ‘Tercapai’ [VIDEO] Hanya Guna Filter IG, Impian Pemuda Ini Nak Jadi Pengetua ‘Tercapai’ [VIDEO] Hanya Guna Filter IG, Impian Pemuda Ini Nak Jadi Pengetua ‘Tercapai’ [VIDEO] Hanya Guna Filter IG, Impian Pemuda Ini Nak Jadi Pengetua ‘Tercapai’

Sumber : Twitter Keem

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

[VIDEO] Hanya Guna Filter IG, Impian Pemuda Ini Nak Jadi Pengetua ‘Tercapai’

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram