Artis Keibubapaan

[VIDEO] Hampir Pengsan Di Tengah-Tengah Mall, Ramai Risaukan Ardell & Kandungan

[VIDEO] Hampir Pengsan Di Tengah-Tengah Mall, Ramai Risaukan Ardell & Kandungan

Sharing is caring!

Seperti diketahui umum, detik kehamilan merupakan proses yang indah namun sebenarnya agak kompleks bagi setiap yang bernama wanita. Keterujaan bakal menimang cahaya mata sering terganggu apabila ibu hamil mengalami masalah kesihatan terutamanya apabila usia kandungan sudah memasuki fasa trimester kedua dan akhir. Malah lebih teruk apabila rasa tidak selesa itu tiba-tiba sahaja datang pada waktu yang kita sibuk atau tak sangka-sangka. Begitulah yang terjadi kepada Ardell Aryana baru-baru ini.

BACA: Ardell Surprise Birthday Buat Suami Siap Pakai Jersi Arsenal Sweet Habis

[VIDEO] Hampir Pengsan Di Tengah-Tengah Mall, Ramai Risaukan Ardell & Kandungan

Kuat semangat dia ni…tapi doktor kata bila-bila masa boleh pengsan

Baru-baru ini, suaminya ada memuat naik sebuah video yang memaparkan aktres berusia 30 tahun itu duduk dalam keadaan lemah di tengah-tengah sebuah gudang perabot terkemuka. Menurut Nadzmi Adhwa, keadaan itu mungkin berpunca akibat Ardell terlalu kerap berjalan walaupun hakikatnya dia sedang sarat mengandung zuriat pertama mereka. Malahan, doktor juga pernah menyatakan bahawa Ardell berkemungkinan boleh pengsan pada bila-bila masa sahaja, hatta cuma sedang duduk sekalipun.

Kalau risau mudarat…ada baiknya ikut nasihat tu

Susulan daripada rakaman video di laman Instagram tersebut, rata-rata pengikut kedua-dua selebriti yang sweet ini membanjiri ruangan komen. Selain bimbang melihat keadaan Ardell itu, mereka juga menasihatkan agar dia sentiasa perbanyakkan waktu untuk berehat dan ikut saranan pakar kesihatan. Dalam pada itu, netizen juga sempat berkongsi pengalaman hamil masing-masing tatkala ditimpa masalah seperti yang dilalui oleh selebriti berkenaan.

[VIDEO] Hampir Pengsan Di Tengah-Tengah Mall, Ramai Risaukan Ardell & Kandungan

[VIDEO] Hampir Pengsan Di Tengah-Tengah Mall, Ramai Risaukan Ardell & Kandungan

[VIDEO] Hampir Pengsan Di Tengah-Tengah Mall, Ramai Risaukan Ardell & Kandungan

[VIDEO] Hampir Pengsan Di Tengah-Tengah Mall, Ramai Risaukan Ardell & Kandungan

[VIDEO] Hampir Pengsan Di Tengah-Tengah Mall, Ramai Risaukan Ardell & Kandungan

Sumber: IG nadzmiadhwa

Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Hampir Pengsan Di Tengah-Tengah Mall, Ramai Risaukan Ardell & Kandungan

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram