Hiburan

Konon ‘Akhirnya Terbongkar Segala Rahsia’ – Ali Jawab Isu Rampas Hak Kakak Ipar

Konon ‘Akhirnya Terbongkar Segala Rahsia’ – Ali Jawab Isu Rampas Hak Kakak Ipar

Sharing is caring!

Sejak beberapa hari lepas, kontroversi yang membabitkan hak serta soal kebajikan balu Allahyarham Abam iaitu Siti Nurhidayah menjadi perbualan hangat di segenap media sosial. Difahamkan isu berkenaan tercetus apabila dia menyatakan beberapa kekangan dihadapinya sewaktu ditemu bual secara langsung oleh Datuk Seri Aliff Syukri. Walau bagaimanapun, tindakan sedemikian membuatkan Ali Puteh terasa hati selaku wakil daripada pihak keluarga Abam sendiri.

BACA: Konflik Macam Isteri Abam & Ali Bukan Sikit, Dalam Realiti Banyak Dah Berlaku

Konon ‘Akhirnya Terbongkar Segala Rahsia’ – Ali Jawab Isu Rampas Hak Kakak Ipar

Mahu langsaikan hutang Allahyarham terlebih dahulu

Menerusi temu bual eksklusif bersama portal Ria X semalam, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan menjelaskan satu per satu kenyataan daripada kakak iparnya yang telah menimbulkan salah faham kepada umum. Dia bertanggungjawab mengumpulkan kesemua harta peninggalan bagi melunaskan hutang sebelum dibahagikan mengikut hukum faraid dan ia juga telah dipersetujui oleh balu Allahyarham. Hal ini sekali gus menjawab dakwaan pihak keluarganya merampas telefon bimbit, beg duit dan kedua-dua kereta milik Abam. Ikuti ringkasan khas yang dinukilkan oleh saudara Akhtar Syamir di laman Facebook miliknya baru-baru ini.

Konon ‘Akhirnya Terbongkar Segala Rahsia’ – Ali Jawab Isu Rampas Hak Kakak Ipar

Konon ‘Akhirnya Terbongkar Segala Rahsia’ – Ali Jawab Isu Rampas Hak Kakak Ipar

Konon ‘Akhirnya Terbongkar Segala Rahsia’ – Ali Jawab Isu Rampas Hak Kakak Ipar

Konon ‘Akhirnya Terbongkar Segala Rahsia’ – Ali Jawab Isu Rampas Hak Kakak Ipar

Isu balu dihalau keluar sehelai sepinggang

Ali juga menafikan dakwaan bahawa wanita itu dihalau keluar dari rumah Allahyarham, malah Nurhidayah sendiri yang mahu keluar walaupun tempoh iddah belum lagi tamat. Selain itu, dia juga terkejut apabila mendapat tahu bahawa nombor akaun bank kakak iparnya disebarkan dengan tujuan meminta sumbangan walhal harta Abam cukup buat 2 beranak tersebut. Malah ia dikhuatiri menimbulkan salah faham kepada seluruh masyarakat.

Konon ‘Akhirnya Terbongkar Segala Rahsia’ – Ali Jawab Isu Rampas Hak Kakak Ipar

Konon ‘Akhirnya Terbongkar Segala Rahsia’ – Ali Jawab Isu Rampas Hak Kakak Ipar

Konon ‘Akhirnya Terbongkar Segala Rahsia’ – Ali Jawab Isu Rampas Hak Kakak Ipar

DS Aliff Syukri beri tanggapan negatif – “Akhirnya terbongkar segala rahsia”

Pelawak berusia 31 tahun ini tidak mempersoalkan niat DS Aliff Syukri untuk memberi sumbangan ikhlas, namun dia agak terkilan dengan tindakan beliau yang dianggap mengambil kesempatan terhadap situasi keluarganya ketika ini. Selain tersentak video live itu memberikan tanggapan negatif kepada ibu dan ahli keluarganya yang lain, Ali Puteh turut kesal kerana maklumat yang dinyatakan itu hanya daripada sebelah pihak sahaja. Di hujung rakaman berdurasi hampir 30 minit itu, dia juga sempat mengambil kesempatan untuk memohon maaf atas beberapa ayat kasar yang pernah dinyatakan sebelum ini.

Konon ‘Akhirnya Terbongkar Segala Rahsia’ – Ali Jawab Isu Rampas Hak Kakak Ipar

Konon ‘Akhirnya Terbongkar Segala Rahsia’ – Ali Jawab Isu Rampas Hak Kakak Ipar

Konon ‘Akhirnya Terbongkar Segala Rahsia’ – Ali Jawab Isu Rampas Hak Kakak Ipar

Konon ‘Akhirnya Terbongkar Segala Rahsia’ – Ali Jawab Isu Rampas Hak Kakak Ipar

Sumber: FB Akhtar Syamir & Ria X

Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Konon ‘Akhirnya Terbongkar Segala Rahsia’ – Ali Jawab Isu Rampas Hak Kakak Ipar

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram