Salah satu kemampuan wanita yang diakui adalah multitasking atau mampu mengerjakan beberapa pekerjaan dalam sesuatu masa. Misalnya, seorang ibu bisa memasak dan pada masa yang sama menjaga anak. Atau menyiapkan baju untuk suaminya berangkat kerja sambil menyiapkan sarapan buat anggota keluarga. Hebat bukan?
BACA :Â Berdekah Tengok Member Buat ‘Kerja Gila’ Tumbuk Bawang Sambil Ikut Kelas Online
Dia punya multitasking betul-betul luar biasa..
Tular baru-baru ini sebuah rakaman video memaparkan gelagat lucu seorang penyampai berita iaitu Stephanie Ruhle dilihat telah melakukan multitasking ke tahap luar biasa. Menerusi klip video tersebut, dia muncul secara profesional di layar kamera dengan menyampaikan laporan langsung mengenai Disney dan MGM Resorts yang bakal dibuka semula semasa tempoh pendemik koronavirus.
Anak siap lentok kepala kat riba emak lagi..
Namun apa yang melucukan adalah di luar monitor kelihatan anak lelakinya secara diam-diam berbaring dengan melentokkan kepala di pangkuannya. Difahamkan kejadian berlaku di rumahnya apabila dia terpaksa bekerja dari rumah. Bagaimanapun, potongan video tersebut dikongsi kembali oleh seorang pengguna Twitter @nobisha selain memuji kemampuan wanita berusia 44 tahun berkenaan.
https://twitter.com/nobisha/status/1262657615034712066?s=19
Inilah superwomen yang sebenar..
Sehingga kini, posting tular tersebut telah meraih lebih 2 juta tontonan dan dihujani dengan pelbagai respon positif daripada netizen. Rata-ratanya mengagumi Stephanie yang dilihat sangat profesional dan tidak terkecuali juga berpendapat bahawa seorang wanita sememangnya diberi kelebihan dengan sifat tersebut.
Sumber : Twitter nobisha