Utama Viral Gelabah Teruk Dikejar 3 Anjing Comel, Pemuda Ini Buat Ramai Berdekah

[VIDEO] Gelabah Teruk Dikejar 3 Anjing Comel, Pemuda Ini Buat Ramai Berdekah

Meskipun nampak comel, namun anjing tergolong dalam kategori najis mughallazah yang tidak boleh suka-suka disentuh dalam Islam melainkan pada waktu darurat. Tambahan pula, kebanyakan anjing jalanan agak gemar mengejar orang sehingga membuatkan kita semua merasa takut untuk mendekati haiwan tersebut. Baru-baru ini juga, seorang pemuda berhadapan situasi sama apabila dirinya diekori oleh 3 ekor anak anjing setelah selesai bermain futsal dan sedang menuju ke kereta.

BACA :Β [VIDEO] Punyalah Menangis Teruk Masa Dukung Kucing, Ingatkan Sebab Apa Rupanya..

Kucing pun aku takut, ini pulak kau

Mula dikongsikan sejak semalam, video berdurasi 52 saat berkenaan nampaknya berjaya menarik perhatian ramai netizen sehingga mendapat hampir 10,000 jumlah retweet. Walaupun 3 ekor anak anjing itu kelihatan comel sekali, pemuda dengan akaun Twitter @Hakim ini begitu gelabah sehingga bertindak memanjat keretanya bagi menyelamatkan diri. Katanya lagi, dia sempat memeriksa keberadaan haiwan tersebut di bawah kereta sebelum berlalu pergi.

Aku dah jumpa mak dia guys

Tak lama kemudian, dia juga memuat naik sebuah video baru kononnya kelibat ibu kepada 3 ekor anak anjing yang ditemui semalam. Tambahan pula, corak dan warnanya memang nampak agak sama. Hakim juga memberanikan diri untuk merakam anjing dewasa itu sebelum segera menutup tingkap kereta memandangkan haiwan tersebut asyik melihat ke arah mereka.

Anjing tu datang sebab dia tahu awak seorang yang baik

Tidak sekadar mendapat jumlah retweet yang banyak, malahan tragedi lucu itu terus-terusan menghiburkan para netizen. Selain sempat berseloroh mengenai gelagatnya, ada juga yang mencadangkan supaya pemuda berkenaan memberi makan kepada haiwan comel itu jika terserempak pada hari lain.

Advertisement




Sumber : Twitter Hakim

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement