Utama Viral Gara-Gara Prank Kakak, 2 Beradik Ini Nyaris Pergi Sekolah Waktu Malam!

[VIDEO] Gara-Gara Prank Kakak, 2 Beradik Ini Nyaris Pergi Sekolah Waktu Malam!

Sudah menjadi lumrah dalam sebuah keluarga, pasti akan ada saja yang kuat menyakat. Kalau bukan ibu bapa menyakat anak-anak, mesti si abang atau si kakak yang mengusik adik masing-masing. Itulah yang berlaku dalam sebuah video yang tular di laman Instagram dan Twitter semalam apabila 2 kanak-kanak lelaki ini diusik oleh kakaknya apabila mereka gigih bersiap untuk pergi ke sekolah pada waktu malam!

BACA: “Kenapa Comel Sangat?” – Ragam Si Cilik Buat Ujikaji Sains Ini Cuit Hati Ramai!

Padah tidur petang sampai malam…dua2 bangun terus pergi sekolah




Sewaktu dihubungi oleh pihak Erin Sakura, kakaknya iaitu Nur Amanina Bt Azahar, 21, memberitahu bahawa dia memang sengaja ‘berkomplot’ dengan ibunya untuk melakukan prank tersebut.

Rabu lepas, adik-adik saya terlelap masa tengah tengok TV masa petang tu. Mungkin mereka masih letih lepas balik dari sekolah tapi jarang sebenarnya mereka tidur petang. Jadi saya ambil kesempatan untuk usik mereka lepas ibu suruh kejutkan masa Hampir waktu Maghrib tu.

Sepanjang bersiap untuk ke sekolah, Muhammad Syazwan, 10 dan juga Muhammad Syafiq, 9, langsung tidak perasan dengan waktu sebenar ketika itu. Malah, Syazwan juga telah terpakai seluar adiknya gara-gara mahu lekas bersiap dan menyangka yang mereka sudah terlewat untuk ke sekolah.

Saya dengan ibu memang tak boleh tahan gelak bila tengok ragam mereka mahu cepat bersiap macam hari persekolahan biasa. Paling lucu bila mereka siap ajak ibu untuk hantarkan ke sekolah. Lepas beritahu masa tu sebenarnya malam, mereka tak marah tapi hanya sedikit kecewa & masuk ke rumah sambil hentakkan kaki saja. Kemudian mereka sambung makan dan tidur balik. 




Disoal tentang penularan video tersebut, dia sendiri tidak menyangka bahawa ianya telah mendapat ribuan tontonan pada keesokan harinya. Dalam pada itu, Amanina turut membidas beberapa kecaman yang dilemparkan terhadap ibu dan dirinya sambil menjelaskan bahawa video itu dibuat hanya sekadar untuk hiburan mereka sekeluarga sahaja.

Antara kecaman netizen terhadap 2 beranak ini

Sebenarnya video ini jadi viral pun tanpa saya ketahui, kerana ada pihak lain yang rakam dan kongsikannya di tempat lain. Sebab saya memang selalu buat video usik ahli keluarga dan kawan-kawan saya sekadar untuk suka-suka sahaja dan tak lebih daripada itu. Mereka yang rapat atau dah lama kenal saya tahu tentangnya. Saya cuma berharap agar netizen di luar sana tidak menyalahkan ibu sebab video ini pun saya yang cadangkan dan upload di akaun media sosial saya.

Sumber: IG amaninaazaharrr




Artikel Popular