Artis Hiburan

[VIDEO] Emma Maembong Bikin Ramai ‘Seriau’, Jadi Hantu Badan Lipat Ke Belakang

[VIDEO] Emma Maembong Bikin Ramai ‘Seriau’, Jadi Hantu Badan Lipat Ke Belakang
Rasaflix

Sharing is caring!

Sejak berkecimpung dalam dunia lakonan secara serius pada 8 tahun lepas, nama aktres menawan ini ternyata sering menjadi perhatian ramai. Meskipun pernah terpalit dengan pelbagai kontroversi dan gosip percintaan dengan beberapa jejaka hot Malaya, tetapi bakat yang dimiliki Emma Maembong nyata berada pada kelas tersendiri. Mana tidaknya, watak isteri psycho yang ditonjolkan dalam drama ‘Cemburu Seorang Perempuan’ tahun lepas nyata memberikan impak mendalam terhadap para peminat.

BACA: [VIDEO] Mimi Lana ‘Prank’ Dirasuk Hantu, Tak Sangka Ini Yang Syafiq Kyle Buat

[VIDEO] Emma Maembong Bikin Ramai ‘Seriau’, Jadi Hantu Badan Lipat Ke Belakang

[VIDEO] Emma Maembong Bikin Ramai ‘Seriau’, Jadi Hantu Badan Lipat Ke Belakang


Nasib baik pinggang tak apa-apa jadi hantu ni

Kerjaya Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani binti Ismail dalam industri hiburan tahun ini juga dinantikan pada tahun ini. Menerusi posting terbaru di laman Instagram miliknya, aktres berusia 28 tahun tersebut ada berkongsi sedikit babak menjayakan watak hantu semasa melakukan penggambaran bagi sebuah filem seram. 

Badan lipat ke belakang

Biarpun awalnya Emma berjalan menuju ke pintu seperti biasa, namun tiba-tiba saja dia melengkungkan seluruh badannya ke belakang. Malah jika diperhatikan betul-betul, rambutnya turut hampir mencecah lantai sebelum bangkit dan berdiri semula seperti biasa. Sambil memakai lens berwarna hitam, babak sukar itu nyata berbaloi kerana berjaya mencetuskan mood seram.

[VIDEO] Emma Maembong Bikin Ramai ‘Seriau’, Jadi Hantu Badan Lipat Ke Belakang

Ingatkan hantu jerit-jerit je…dahsyat tengok lipat macam tu

Secara keseluruhan, video berdurasi 12 saat itu telah mendapat banyak reaksi dalam kalangan pengikutnya. Selain ada yang memuji tahap lakonan Emma Maembong semakin bermutu, rata-rata netizen lain pula meluahkan rasa takut serta turut berasa seram dengan aksi ditampilkan oleh pelakon wanita tersebut.


[VIDEO] Emma Maembong Bikin Ramai ‘Seriau’, Jadi Hantu Badan Lipat Ke Belakang

[VIDEO] Emma Maembong Bikin Ramai ‘Seriau’, Jadi Hantu Badan Lipat Ke Belakang

[VIDEO] Emma Maembong Bikin Ramai ‘Seriau’, Jadi Hantu Badan Lipat Ke Belakang

Sumber: IG emma_maembongofficial

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

[VIDEO] Emma Maembong Bikin Ramai ‘Seriau’, Jadi Hantu Badan Lipat Ke Belakang

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram