Viral

Buat Video Call Wish Birthday, Ibu Tersengih Anak Ajak Satu Kedai Menyanyi Sama

Buat Video Call Wish Birthday, Ibu Tersengih Anak Ajak Satu Kedai Menyanyi Sama
Rasaflix

Sharing is caring!

Apabila tiba ulang tahun kelahiran ibu tercinta, pastinya kita selaku anak mahu membuat kejutan yang menggembirakan hati mereka. Kadangkala, kejutan itu tidak semestinya berkonsepkan mewah kerana sedikit idea luar biasa sudah cukup memberikan seribu makna buat mereka. Baru-baru ini di Twitter, seorang pemuda bernama Jabir Meftah juga menarik perhatian ramai menerusi caranya memberikan ucapan hari jadi kepada ibu tercinta.


BACA : Ayah Kongsi Video Anak Khusyuk Dengar Ayat Al Quran, Matanya Pula Dipuji Ramai

Selamat Hari Lahir, Mama

Sewaktu berada di gerai makan, Jabir telah menghubungi wanita yang melahirkannya itu menerusi video call sebelum terus menyanyikan lagu ‘Happy Birthday‘ dengan sepenuh jiwa. Lucunya, dia mengajak rakannya serta semua yang berada ke kedai makan itu untuk turut sama menyanyi buat ibunya.

Kejutan hari jadi paling best

Sepanjang video call tersebut, ibunya terus mengukir senyuman manis melihat kejutan kecil anaknya. Dalam video lain pula, Jabir sempat juga membuat kejutan khas di rumah pula. Kali ini dikelilingi ahli keluarga lain dan mereka sempat membawakan sebiji kek buat wanita tersebut.


Untungnya mak ada anak macam ni

Menjengah ke ruangan komen, nampaknya kebanyakan netizen agak terharu dan sempat juga sempat memberikan ucapan bersempena hari jadi wanita berkenaan. Bukan sahaja terharu, malahan mereka menyifatkan Jabir adalah anak yang baik kerana tidak segan menghubungi si ibu meskipun di kawasan ramai orang.


Buat Video Call Wish Birthday, Ibu Tersengih Anak Ajak Satu Kedai Menyanyi Sama Buat Video Call Wish Birthday, Ibu Tersengih Anak Ajak Satu Kedai Menyanyi Sama Buat Video Call Wish Birthday, Ibu Tersengih Anak Ajak Satu Kedai Menyanyi Sama

Sumber : Twitter Jabir mfth

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

Buat Video Call Wish Birthday, Ibu Tersengih Anak Ajak Satu Kedai Menyanyi Sama

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram