Utama Viral Dulu Viral Kakak Tak Bagi BerTikTok, Kini Buat 'Konsert' Sendiri Pula

[VIDEO] Dulu Viral Kakak Tak Bagi BerTikTok, Kini Buat ‘Konsert’ Sendiri Pula

Penggunaan aplikasi Tik Tok bukan lagi perkara pelik buat kita semua. Daripada peringkat umur kanak-kanak sehingga kepada mak-mak orang, semuanya seronok bermain aplikasi muzik tersebut untuk menghiburkan diri. Jika anda masih ingat pada kejadian 2018 yang lalu, seorang budak lelaki bernama Muhammad Aqil Ahmad Nahar pernah juga menjadi viral apabila dia tidak diizinkan bermain permainan video serta aplikasi berkenaan oleh kakaknya.

BACA : [VIDEO] Takut Nak Dimasak Jadi Asam Pedas, Budak Ini Melalak Lepas Kena Sakat

Kakak aku tak bagi…Dia kata Tik Tok tu ‘bukan bukan’

Korang mesti nak dengar perasaan aku macam mana




Berbekalkan sebuah telefon bimbit sambil memakai uniform sekolah, budak lelaki ini mula membebel tentang kekesalannya yang tidak boleh bermain aplikasi Tik Tok. Gelagatnya yang begitu selamba untuk berceloteh di tepi jalan membuatkan ramai terhibur sehingga menjadi viral. Bahkan penularan video berdurasi 2 minit tersebut membuatkan Aqil dijemput menghadiri pelbagai temu bual di stesen radio serta rancangan televisyen. Hidupnya juga seakan berubah kerana terus mendapat perhatian ramai orang.

Dia buat macam konsert sendiri…

Kini, sekali lagi dia menjadi tumpuan ramai apabila kakaknya, Syahirah memuat naik sebuah video baru menyaksikan adiknya itu membuat persembahan di sekolah. Meskipun usianya masih lagi mentah, namun Aqil kelihatan tidak kekok dan begitu bersahaja membuat persembahan di hadapan ramai orang. 

Suka level confident dia…Rasanya bakal jadi pelawak di Malaysia

Sempat menyanyikan lagu popular Tik Tok berjudul ‘Salah Apa Aku’, boleh tahan juga sambutan yang ditunjukkan oleh penonton kepada budak berkenaan. Sekali lihat, persembahan tersebut sudah menjadi ala-ala konsertnya sendiri pula. Mendapat lebih 13,000 jumlah retweet sejak dikongsikan semalam, rata-rata netizen merasa terhibur dan memuji tahap keyakinan yang ditunjukkan Aqil di atas pentas sekolah itu.

Sumber : Youtube Aqil Nahar dan Twitter Syahirah

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI