Utama Viral Tahan Orang & Bagi Alasan Sama Demi Dapat Duit, Ramai Dakwa Budak...

Tahan Orang & Bagi Alasan Sama Demi Dapat Duit, Ramai Dakwa Budak Ini Kaki Scam

Seperti sudah menjadi trend taktik scammer di negara ini untuk memperdayakan orang ramai. Pelbagai kisah sedih yang diceritakan bagi meminta simpati sehingga ada sesetengah masyarakat bertindak memberi sejumlah wang kepadanya. Itulah yang dilakukan oleh seorang pengendali akaun Twitter bernama Hanan, namun niat baiknya membantu seorang budak lelaki baru-baru ini telah menimbulkan tanda tanya netizen.

BACA : Tinggal Nota & Nafkah Buat Isteri, Tanggungjawab Suami Ini Wajar Dicontohi

Sesuatu telah berlaku pada saya malam tadi..

Menurutnya, dia telah berjumpa seorang budak di sebuah pusat beli-belah terkemuka ketika mahu membeli barang. Setelah kereta berada dalam kotak parking, dia duduk selama beberapa minit kerana mahu menonton video di YouTube hingga habis.

Dihampiri seorang budak di parking

Tambahnya, dia meletakkan kereta di hadapan pintu masuk sebelum didatangi budak lelaki Melayu dalam lingkungan umur 12 atau 13 tahun sambil tersenyum di sebalik tingkap. Semasa dia menurunkan tingkapnya, budak itu mula buka cerita tentang dirinya.

Advertisement




Bagi duit tambang, beli roti sebab lapar

Melalui perbualan mereka, budak berkenaan meminta Hanan untuk menghantarnya pulang ke rumah di Wangsa Maju. Disebabkan Hanan tidak dapat berbuat demikian, jadi dia menawarkan duit tambang dan membeli makanan.

“Takpe nanti mak saya balik Subuh, makan sama-sama”

Dalam pada itu, budak yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Ayie’ mula menceritakan kisah sedih tentang ahli keluarganya. Setibanya di sebuah kedai roti, dia membeli beberapa makanan yang diminta dan minuman. Malah wanita ini sempat memberi not RM50 kepadanya sebagai duit tambang sebelum berlalu pergi.

Berlaku pada saya juga, reka kisah sedih minta duit

Kisah yang dikongsikan oleh Hanan ini ternyata telah meraih perhatian ramai lalu membanjiri ruang komen. Hal ini kerana rata-rata mereka berkongsikan pengalaman pernah berhadapan dengan situasi yang lebih kurang sama dengan seorang budak di lokasi berkenaan.

Advertisement




Sumber : Twitter hnnkml

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement