Setelah enam minggu bersiaran langsung, program realiti ‘GV Musim ke-7’ terus mendapat sambutan hangat dalm kalangan penonton. Malam tadi telah menyaksikan para peserta menyampaikan lagu secara duet dengan penyanyi pilihan masing-masing.
BACA:Â Terlepas Penyanyi Veteran, Ismail Izzani ‘Frust’ Terduduk Duet Dengan Penyamar
Duet dengan Marsha Milan, lagu ‘Di Sebalik Rahsia Cinta’…nyanyian penuh emosi
Salah satu persembahan yang telah menjadi tumpuan adalah gandingan daripada Yantzen bersama Marsha Milan. Dengan membawakan lagu ‘Di Sebalik Rahsia Cinta’, ternyata kedua-dua penyanyi itu berjaya memukau penonton termasuklah para juri. Bahkan mereka juga telah menyampaikan lirik dengan penuh beremosi selain chemistry yang cukup menonjol.
Gagal tahan sebak lepas dapat panggilan daripada anak di Tarim, Yemen
Usai persembahan tersebut Yanzten terkejut menerima rakaman suara daripada anaknya iaitu Alif Ronan yang kini sedang menyambung pengajian di Tarim, Yemen. Mendengarkan kata-kata diberikan oleh pemuda berkenaan yang berjanji akan pulang ke tanah air pada tahun hadapan, Yantzen akhirnya gagal menahan sebak.
Padu duet Yantzen & Marsha…semoga tabah rindukan anak di Yemen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata penonton memuji kepaduan vokal antara Yantzen dan Marsha Milan serta berharap agar peserta lelaki itu dapat pergi ke final. Selain itu, mereka turut berasa simpati tatkala melihat reaksi penyanyi berusia 61 tahun tersebut yang terlalu rindu kepada anaknya.
Sumber: Instagram officialriax, YouTube Astro Gempak, Facebook PortalAstroGempak