Utama Artis Nama Trending Di Twitter, Netizen Puji Cara Alif Satar Cover Sindiran Mark...

Nama Trending Di Twitter, Netizen Puji Cara Alif Satar Cover Sindiran Mark Adam

Konsert minggu pertama Big Stage telah berlangsung semalam menyaksikan 12 penyanyi muda yang mendapat jolokan Budak Baru Nak Up (BBNU) bersaing dan membuktikan bakat masing-masing. Seperti biasa, Big Stage telah menampilkan gandingan pengacara Alif Satar dan Sherry Al Hadad sebagai hos, dua orang juri tetap dan seorang juri jemputan. Namun, nama Alif Satar pula tular di ruangan Twitter semalam kerana caranya yang sangat profesional mengawal keadaan apabila rakan hos disindir oleh salah seorang juri ketika itu.

BACA: [FOTO] Aksi Romantik Aliff Satar Dan Isteri Jadi Tumpuan

Perkara itu telah menjadi topik perbincangan di laman Twitter sehingga seorang pemilik akaun Twitter yang menggunakan nama akaun @hxfiy turut mengulang tayang babak tersebut di Twitter miliknya. 

Peluang ini sangat BESAR, apalagi hos pun BESAR – Mark Adam

Betul bro, bakat dia yang BESAR – Alif Satar

 

Dalam rakaman video tersebut, juri Mark Adam seolah-olah mahu menyindir bentuk badan Sherry Al Hadad apabila dia menggunakan perkataan ‘Big’ ketika mengulas persembahan Chaleeda. Selepas perkataan itu keluar, satu dewan telah bersorak kerana menganggap perkataan itu mungkin ditujukan kepada pengacara wanita tersebut. 

Tak lawak langsung

Babak tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen yang menyifatkan perkara itu tidak sepatutnya dijadikan bahan lawak kerana bimbang mengguriskan hati pengacara tersebut. 

Kita perlu orang macam Alif Satar

Walau bagaimanapun, respon balas Alif Satar yang menukar perkataan tersebut apabila keadaan kelihatan tegang mendapat pujian daripada penonton. Netizen beranggapan Alif telah melakukan tugas dengan baik selaku rakan hos apabila dia cuba menenangkan balik keadaan. Malah, senyuman pada wajah Sherry sejurus selepas itu telah membuatkan warganet berasa lega. 

Sumber: Twitter Hafiiyyy

 

 

 

 




Artikel Popular