Hiburan Keibubapaan

[VIDEO] Dedah Realiti Ibu Bapa, Telefilem Ini Buat Ramai Gagal Tahan Air Mata

[VIDEO] Dedah Realiti Ibu Bapa, Telefilem Ini Buat Ramai Gagal Tahan Air Mata
Rasaflix

Sharing is caring!

Rezeki cahaya mata adalah anugerah Allah yang tak ternilai bagi setiap suami isteri. Selain kehadiran mereka melengkapkan lagi sesebuah mahligai rumah tangga, doa anak-anak yang soleh dan solehah juga adalah antara penyambung bekalan kita selepas tiada lagi di dunia kelak. Namun begitu, ada sesetengah ibu bapa yang sering melupakan hal tersebut dan lebih mementingkan kesibukan kerja atau rakan-rakan dibandingkan dengan zuriat sendiri. Mungkin itulah mesej yang ingin diketengahkan dalam telefilem ‘Mak Nak PeIuk Boleh’ di kaca TV semalam.

BACA: [VIDEO] Siap Tipu Konon Busy Kerja, Ibu Menangis Lepas Anak Hadiahkan Kereta

View this post on Instagram

4jan2020 Tengok jangan tak tengok

A post shared by TV FILM DIRECTOR/PRODUCER (@rashidsibir) on

Kisah ibu yang tak beri perhatian pada permintaan anak

Naskah menyayat hati arahan Rashid Sibir ini mengisahkan tentang kisah hidup seorang guru bernama Daisy (Nasha Aziz) yang dihantui kekesalan selepas kehilangan anak tunggalnya iaitu Ashman ketika dalam dakapan terakhirnya. Meskipun sebelum itu Ashman sering mendambakan kasih sayang dan perhatian ibunya, namun Daisy terlalu sibuk dengan pekerjaan serta menganggap kanak-kanak lelaki itu boleh berdikari sendiri. Selepas tersedar daripada kesilapan lampau, wanita ini nekad untuk membantu Syafiqah (Rita Rudaini) yang turut mempunyai konflik sama terhadap anak perempuannya iaitu Nelly.

[VIDEO] Dedah Realiti Ibu Bapa, Telefilem Ini Buat Ramai Gagal Tahan Air Mata


[VIDEO] Dedah Realiti Ibu Bapa, Telefilem Ini Buat Ramai Gagal Tahan Air Mata

“Mak…nak peIuk sekejap”

Antara paparan yang paling membuatkan ramai berderai air mata adalah sewaktu Daisy mendedahkan kepada Syafiqah tentang detik-detik terakhir ketika bersama anaknya. Siapa sangka permintaan Ashman agar si ibu untuk memeluknya ketika terlantar di pusat perubatan adalah petanda terakhir bahawa dia akan pergi buat selamanya. Penceritaan itu sekali gus turut membuka mata Daisy agar lebih mensyukuri dengan anugerah cahaya mata yang masih dimilikinya. Malah barisan pelakon berpengalaman seperti Dato Fizz Fairuz, Norman Hakim dan Ruminah Sidek sekali gus menguatkan lagi elemen emosi dalam telefilem ini.

Anak hanya nak sedikit waktu untuk kita dengar luahan mereka

Ternyata jalan cerita yang memaparkan realiti hidup ibu bapa pada zaman moden masa kini sangat kena dengan masyarakat. Di samping rata-rata netizen yang meluahkan rasa terharu apabila menontonnya, kakak kepada Rashid Subir sendiri menyatakan beberapa pengajaran yang boleh digarap oleh ibu bapa dalam kehidupan sebenar. Ujarnya, ibu bapa memang ada banyak kekurangan. Tapi cubalah untuk hargai masa berkualiti dengan anak-anak serta pinjamkan telingar untuk mendengar luahan mereka sebelum semuanya sudah terlambat.


[VIDEO] Dedah Realiti Ibu Bapa, Telefilem Ini Buat Ramai Gagal Tahan Air Mata

[VIDEO] Dedah Realiti Ibu Bapa, Telefilem Ini Buat Ramai Gagal Tahan Air Mata

[VIDEO] Dedah Realiti Ibu Bapa, Telefilem Ini Buat Ramai Gagal Tahan Air Mata

Sumber: IG rashidsibir & syazwan_fizza


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Dedah Realiti Ibu Bapa, Telefilem Ini Buat Ramai Gagal Tahan Air Mata

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram