Viral

[VIDEO] Cik B Muncul Di Sepahtu Reunion, Tiba-Tiba Jep Berubah Jadi Azwan Ali

[VIDEO] Cik B Muncul Di Sepahtu Reunion, Tiba-Tiba Jep Berubah Jadi Azwan Ali
Rasaflix

Sharing is caring!

Tidak terlalu bergantung dengan dialog berkonsep formal, ia menjadi kekuatan utama bagi rancangan ‘Sepahtu Reunion Live’ untuk terus memenangi hati rakyat Malaysia. Dengan gelagat ‘gila-gila’ serta spontan daripada 4 orang pelawak, kehadiran tetamu undangan juga menggamatkan pentas popular berkenaan. Bahkan pada tayangan minggu 7 semalam, lakonan Jep Sepahtu sekali lagi menggeletek perut penonton di televisyen serta secara langsung.


BACA : PakYa Muncul Balik Dalam Sepahtu, Tapi Man Raja Lawak Pula Menitis Air Mata..

Kemunculan Cib B sebagai cameo memeriahkan pentas

Jika sebelum ini pihak produksi sering menjemput cameo yang terdiri daripada artis terkenal dalam dunia hiburan Malaysia, semalam satu kelainan seakan tercipta apabila Cik B membuat kemunculan mengejutkan. Dia yang juga anak kepada pengasas kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida itu nampaknya seakan bersahaja dalam lakonannya sewaktu berada di atas pentas lawak berkenaan.

[VIDEO] Cik B Muncul Di Sepahtu Reunion, Tiba-Tiba Jep Berubah Jadi Azwan Ali
Kredit Foto : Astro Gempak
[VIDEO] Cik B Muncul Di Sepahtu Reunion, Tiba-Tiba Jep Berubah Jadi Azwan Ali
Kredit Foto : Astro Gempak

Tiba-tiba Jep muncul jadi Azwan Ali

Menggalas watak sebagai pelanggan yang masuk ke farmasi untuk membeli ubat, kemunculan seketika tersebut mengundang sorakan gemuruh daripada penonton. Namun begitu, Jep yang tiba-tiba kembali melangkah masuk dalam set itu ternyata memeriahkan suasana. Tak cukup dengan itu, dia sempat pula mengajuk perwatakan lucu Azwan Ali sambil mengangkat tongkat kaki yang digayakan seperti selfie stick.


Cikgu mampu tersengih lepas lihat kemunculan Jep

Seperti yang kita ketahui, sebelum ini Azwan Ali pernah berhadapan krisis dengan keluarga Datuk Seri Vida. Maka dengan sedikit selitan mengenai selebriti yang juga menggelar dirinya sebagai Diva AA itu sedikit sebanyak mengundang ketawa besar para penonton. Sepanjang itu juga, Cik B hanya mampu tersengih mendengar dialog selamba daripada suami Sari Yanti berkenaan.


[VIDEO] Cik B Muncul Di Sepahtu Reunion, Tiba-Tiba Jep Berubah Jadi Azwan Ali
Kredit Foto : Portal Zon Lawak

 

[VIDEO] Cik B Muncul Di Sepahtu Reunion, Tiba-Tiba Jep Berubah Jadi Azwan Ali

Sumber : Twitter Faris Hakimi , Instagram Astro Gempak,

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

[VIDEO] Cik B Muncul Di Sepahtu Reunion, Tiba-Tiba Jep Berubah Jadi Azwan Ali

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram