Artis Hiburan

PakYa Muncul Balik Dalam Sepahtu, Tapi Man Raja Lawak Pula Menitis Air Mata..

Rancangan sketsa komedi Sepahtu Reunion Live kini kembali pada tahun 2020 untuk menghiburkan seluruh masyarakat Malaysia pada setiap Jumaat malam. Walaupun tanpa berbekalkan skrip dan semua lakonan berlaku secara spontan, namun gelagat yang ditampilkan oleh setiap ahli kumpulan pelawak itu nyata sering ditunggu-tunggu ramai. Di samping itu, kemunculan beberapa selebriti dan cameo yang diundang saban minggu turut memeriahkan lagi program tersebut.

BACA: “Rutin Setiap Pagiku” – Makeup Kan Isteri Pergi Kerja, Man Dipuji Suami Contoh

Ramona Zamzam tak boleh control gelak

Dalam sketsa yang bertajuk ‘Cinta Si Tukang Kasut’ malam tadi, sketsa kali ini lebih mengetengahkan tentang isu percintaan antara 2 darjat iaitu si miskin dan si kaya. Siapa sangka Ramona Zamzam bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan, bahkan juga sangat mudah terhibur apabila mendengar dialog lucu yang sering dilontarkan oleh Jep Sepahtu? Ragam spontannya itu juga telah membuatkan penonton ketawa sama memandangkan gelak tawanya tak cover langsung.

Advertisement

Advertisement

Advertisement

Kemunculan semula PakYa gamatkan set Sepahtu Reunion

Dalam pada itu, Royale Theatre Shah Alam bersorak dengan penuh semangat apabila Ilya atau lebih dikenali sebagai PakYa telah membuat kemunculan semula dalam Sepahtu Reunion Live episod ke-4 malam tadi. Malahan, Jep juga sempat memuji dan memeluk pelawak veteran tersebut memandangkan kehadirannya telah memberikan impak positif selepas sekian lama terpalit dalam satu kontroversi. Ilya turut tidak ketinggalan untuk berterima kasih kepada para peminat atas sokongan yang diberikan selama ini.

Anggap macam keluarga…Man gagal kawal air mata menitis

Namun begitu, berbeza pula reaksi Man Raja Lawak yang sudah mengambil alih selama ketiadaan PakYa dalam program komedi tersebut. Menerusi satu temu bual, Man atau nama sebenarnya Abd Rahman Kassim tidak mampu menahan sebak memandangkan khidmatnya kini berakhir dalam rancangan terbabit. Hal ini kerana dia berasa berat hati untuk berpisah setelah bekerjama dengan ahli kumpulan Sepahtu, namun tetap akur dan sentiasa memberikan sokongan positif selepas ini.

Sumber: IG zonlawak, astrogempak & YouTube pedro bascuñan

Advertisement

Advertisement

Add Comment

Click here to post a comment

Youtube

Facebook

Telegram