Zaman sekarang, obsesi masyarakat pada telefon bimbit semakin menjadi-jadi. Mana-mana pun kita pergi sama ada di kedai makan mahupun sedang berjalan menuju ke sesuatu tempat, handphone merupakan peneman yang paling setia. Kadang-kadang, boleh leka dibuatnya sampai tak perasan keadaan di sekeliling. Samalah seperti sebuah video yang tular di Twitter apabila seorang wanita ini asyik memandang telefon sampai tertinggal suami sendiri di belakang. Namun, reaksi isteri apabila disapa oleh suami sangat melucukan!
BACA: Alif Satar Kongsi Kapsyen Sweet Sempena Birthday, Isteri Luah Rasa Terharu
Lihatlah betapa obsesnya isteri saya dengan telefon, sampai tak perasan kehadiran suami tapi kesudahannya jadi comel sangat 😍😍
Dalam video tersebut, seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama akaun @hhhaziq telah merakam video isterinya yang sedang berjalan sambil leka memandang telefon bimbit. Justeru, dia dari arah belakang telah datang menegur isterinya dan reaksi balas isterinya selepas itu disifatkan sangat ‘cute’.
Look at the obsession of my wife towards her phone, not realizing the presence of her husband and suddenly become too cute. 😻😻 pic.twitter.com/jg2Fdt8vVq
— Mr Haziq (@hhhaziq) September 3, 2019
“Cik.. Cik tertinggal suami di belakang”
Menariknya, cara teguran suami terhadap isterinya itu boleh dikatakan agak lucu dan begitu ‘halus’ sehingga isterinya kelihatan tergamam dan terus mendekatinya kembali.
Posting tersebut telah mendapat pelbagai reaksi di ruangan Twitter. Kebanyakannya memberikan komen yang positif melihat gelagat couple ini bergurau antara satu sama lain. Keseluruhannya, video tersebut telah mendapat lebih 11 ribu retweets dan 17 ribu likes setakat ini.
Sumber: Twitter Encik Mohd Haziq