Utama Berita Semasa 'Tetamu Tak Diundang' Masuk Rumah, Habis Berterabur Abang2 Semua Lari!

[VIDEO] ‘Tetamu Tak Diundang’ Masuk Rumah, Habis Berterabur Abang2 Semua Lari!

Siapa yang nak rumah mereka dimasuki oleh ‘tetamu’ yang tidak diundang, bukan? Lebih menakutkan jika tetamu yang dimaksudkan itu adalah haiwan yang liar dan menggerunkan. Begitulah agaknya situasi cemas yang dihadapi oleh sekumpulan lelaki yang tular di Twitter ini gara-gara seekor biawak memasuki rumah mereka. Perkara itu bukanlah satu masalah yang kecil, namun gelagat abang-abang ini bertempiaran lari sesudah melihat haiwan tersebut telah mendatangkan kelucuan.Β 

BACA:Β Padah Curi Wang & Harta Benda Orang Lain, Aliff Aziz Didenda Ribuan Ringgit?

Perkara ini telah dikongsikan oleh seorang lelaki di Twitter yang menggunakan nama akaun @wansuhaib. Dalam video tersebut, pemilik akaun Twitter ini bersama rakan yang lain sempat merakam adegan reptilia itu melintas di bahagian lantai di dalam rumah penginapan mereka. Lebih menggamatkan suasana kerana semua lelaki ini lantas menjerit sejurus melihat haiwan liar itu.Β 

Cubaan menyelamat

Dalam masa yang sama, seorang daripada penghuni rumah tersebut cuba untuk menghalau biawak tersebut menggunakan penyapu namun belum berjaya.Β 

Semua turun membantu

Part ini memaparkan semua penghuni rumah tersebut mempunyai peranan masing-masing untuk mengusir biawak itu. Paling tak tahan, pelbagai kaedah telah dilakukan untuk membawa keluar haiwan terbabit.




Akhirnya berjaya ditangkap

Biarpun mereka lari dan nampak ketakutan, sekumpulan lelaki ini akhirnya berjaya menangkap biawak tersebut. Barangkali sudah tiada pilihan lain, mereka telah menyerkup haiwan itu dengan sejadah dan membawanya masuk ke serta membuangnya ke luar rumah.Β 

Video berbentuk thread itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada warga Twitter sehingga mendapat lebih 16 ribu retweets dan lebih 9 ribu likes setakat ini.Β 

Sumber: Twitter wansuhaib




Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI