Alif Satar sememangnya seorang artis lelaki yang sering dipuji kerana bersih daripada sebarang kontroversi. Tambahan pula, dia juga terlihat sebagai seorang suami dan bapa yang baik kerana sering memuat naik foto dan video yang berkisarkan kehidupan keluarganya yang tampak positif. Dalam posting terbaharu, dia telah mengucapkan penghargaan sempena hari jadi isterinya yang ke-35. Namun, penulisan kapsyen pada perkongsian tersebut telah mendapat perhatian.
BACA: [VIDEO] Sebak Dengar Harmoni Alif Satar Raihan Detik Rasa Keinsafan
Dalam posting tersebut, dia telah memuat naik satu video yang menampilkan dia dan isterinya, Shadila sedang melihat permandangan pandai. Menariknya, kapsyen ringkas Alif Satar telah mengundang rasa sebak pengikut di laman sosial tersebut.
I tak terror menulis kapsyen, you pun tahu bila melibatkan gambar ni kapsyen pun I tanya you. Macam sekarang, tengah nak menulis kapsyen mata ni masuk habuk pula 😢😢
Sayang.. Takpelah, Biarlah I jadi writer yang terhebat antara kita. Apa yang awak tunjukkan selama bertahun kita kenal ini adalah lebih daripada apa yang saya layak terima.
Tambah menyentuh perasaan adalah respon balas isteri di ruangan komen terhadap kapsyen yang dimuat naik oleh Alif. Dia tampak begitu terharu dan menghargai suaminya itu kerana sering melakukan yang terbaik untuk dia dan keluarga.
Ucapan hari jadi tersebut telah mendapat pelbagai reaksi di ruangan Instagram milik Alif. Tambahan lagi, beberapa orang artis untuk membanjiri ruangan komen memberikan ucapan hari jadi buat Shadila. Keseluruhannya, posting tersebut telah mendapat lebih 89 ribu likes setakat ini.
Sumber: IG Alif Satar & Shadila Halid